Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,725 lagi kes positif baharu dilaporkan pada 29 Januari 2021.
Ia merupakan jumlah tertinggi kes jangkitan COVID-19 setakat ini, sejak wabak COVID-19 mula tersebar dalam negara.
Selain itu, sebanyak 16 lagi kes kematian dicatatkan, dengan perincian kes COVID-19 pada 29 Januari 2021 adalah seperti berikut:
- Kes sembuh baru: 3,423 kes
- Jumlah kes sembuh: 157,722 kes
- Kes baharu: 5,725 kes (5,718 tempatan, 7 import)
- Jumlah kumulatif: 203,933 kes
- Kes aktif: 45,478 kes
- Jumlah kematian baru: 16 kes
- Jumlah kumulatif kematian: 733 kes
- Kes di ICU: 301 kes
- Memerlukan intubasi: 115 kes
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.