Tak sabarnya nak tengok aksi penyanyi Vocaloid maya terkenal, Hatsune Miku, di atas pentas di Malaysia Sabtu ini. Jutaan peminatnya dari serata glob turun pandang, takkan peminat di Malaysia nak lepaskan peluang. Tidak kiralah berapa banyak konsert yang telah korang hadir, konsert Miku ini pastinya memberi pengalaman berbeza. Jom ikuti tip untuk bersedia dan enjoy Hatsune Miku Expo 2017, 16 Disember ini di Axiata Arena, Bukit Jalil!
#1 Tiket
Perkara paling penting. Jika korang gagal tip pertama ni, semua tip lain tidak berguna. Tanpa tiket, korang tak boleh bertentang mata dengan Miku, boleh menangis di luar pintu utama Axiata Arena sambil layan Miku Expo 2017 je. So, jom dapatkan tiket di www.myticket.asia.
#2 Hafal Lagu-Lagu Kegemaran
Korang akan lebih enjoy konsert jika boleh bersama-sama menyanyikan lagu kegemaran. Lagi sempoi jika hafal step tarian Miku. Barulah boleh menyanyi dan menari bersama para peminat lain. Jom layan lagu-lagu popular Miku seperti Just Be Friends, Tell Your World, The World Is Mine, Remote Controller dan Miku.
#3 Light Sticks
Bukan peminat sejati Miku jika tiada aksesori wajib ni di setiap tangan... barulah korang dapat merasai pengalaman paling awesome. Korang boleh check out video konsert Miku di YouTube untuk melihat sendiri perubahan dewan konsert mengikut lagu yang dinyanyikan.
#4 Simpan Tenaga
Walaupun excited tetapi pastikan korang tidur awal dan dapatkan rehat secukupnya. Korang perlukan tenaga ekstra untuk menari dan bersama Miku dan untuk explore Miku Expo 2017 yang bermula seawal jam 12 tengah hari.
#5 Datang Awal!
Bolehlah melihat cenderamata eksklusif yang dijual di Axiata Arena. Kalau korang lambat, takut habis... kan rugi! Bolehlah join pelbagai aktiviti menarik sebelum konsert.
Semua checklist di atas dah ready? Apa lagi? Lupakan segala masalah yang ada dan sedia untuk Miku Expo 2017. Jom kita serang Arena Axiata, Bukit Jalil. Info lanjut, klik je link ni.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.