Kredit gambar utama: Taylor Swift/Instagram
Ramai orang bela kucing, menjadikannya teman baik. Kucing bukan sahaja setia, tetapi manja dan keletahnya menghiburkan. Ada juga yang terlalu obses dengan si bulu. Nak tau korang salah satu daripada mereka yang obses dengan kucing ke tak? Jom check out tanda-tanda ni.
#1 Senyum Sorang-Sorang Layan Gambar Dalam Galeri
Bukan je galeri telefon, tetapi album dalam Facebook, Twitter dan Instagram pun penuh dengan gambar dan video kucing-kucing kesayangan. Pantang ada masa terluang, mulalah korang tersenyum sorang-sorang tengok keletah si bulu.
#2 Bercakap Sorang-Sorang
Kalau orang yang tak kenal korang mesti pelik tengok korang cakap sorang-sorang. Kalau dengan kucing di rumah dah tentu ada nama panggilan, dan korang pun selesa membahasakan diri korang dengan nama seperti mummy, kakak dan mama.
Semua masalah pun akan diceritakan kepada kucing. Tak cukup dengan tu, kucing jalanan pun tak terkecuali, habis semua disapa.
#3 Baru Hilang Sekejap Dah Tak Keruan
Baru sejam dua tak nampak muka kucing, korang dah mencari satu rumah sehingga ke sekitar taman perumahan. Malam minggu pun korang pilih untuk luang masa dengan kucing berbanding kawan-kawan lain.
#4 Semua Pun Kucing
Bukan je wallpaper phone, laptop dan dalam planner, korang tempah khas pula sarung bantal, t-shirt dan beg dengan gambar kucing kesayangan. Pendek kata semua pun kucing. Di media sosial pun korang tak henti bercerita tentang kucing korang.
#5 Akaun Kucing
Ada orang yang akan menggunakan satu hashtag istimewa untuk kucing diorang di media sosial, ada juga yang membuka akaun Instagram khas untuk kucing. Segala gambar dan aktiviti si bulu akan dikongsi dengan followers. Korang juga tidak kisah membelanjakan sebahagian besar wang gaji untuk si bulu.
Korang boleh masuk kategori obses dengan haiwan comel berbulu ini tak? Ke sekadar pencinta kucing? Kalau dah ada perasaan sayangkan haiwan dalam diri tu, korang mesti tidak sampai hati melihat kucing jalanan yang kebuluran dan tidak mendapat jagaan rapi, kan?
Jom sertai inisiatif Celcom membantu haiwan-haiwan jalanan ini dengan menghadiri Furfest 2018 pada 22 Disember ini di West Wing, Ground Floor Sunway Putra Mall. Korang boleh beri sumbangan bagi menyokong aktiviti pemuliharaan kucing terbiar ini atau bawa pulang mereka untuk dijadikan sebahagian keluarga.
Ada pelbagai aktiviti menarik sepanjang Furfest 2018 ini. Selain sumbangan derma dan program kucing angkat yang diadakan sepanjang hari, korang boleh bawa anak-anak untuk sertai pertandingan mewarna dan aktiviti membentuk kucing menggunakan tanah liat.
Layari website #ICANCAREMY atau Facebook Funfest 2018 untuk info lanjut!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.