Aktiviti dan sukan permotoran sememangnya menjadi perhatian bukan sekadar di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa.
Terbaru, bertempat di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), pada 25 dan 26 November, akan diadakan TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Festival, di mana pelbagai aktiviti permotoran khususnya melibatkan kereta akan diadakan.
Berikut adalah 5 sebab kenapa anda akan seronok jika datang ke festival ini dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan:
#1 Ada Lebih 40 Jentera Vios Akan Beraksi
Satu-satunya festival yang mengumpulkan lebih 40 jentera TOYOTA Vios yang akan beraksi di litar perlumbaan Vios Challenge untuk menunjukkan skil masing-masing dalam tiga kelas perlumbaan.
#2 Boleh Pandu Uji Kereta TOYOTA Secara Percuma!
Selain menyaksikan perlumbaan, anda juga berpeluang merasai pengalaman berada dalam kereta-kereta baru TOYOTA dengan memandu uji kereta yang dipamerkan di sana.
#3 Dapat Jumpa Fattah Amin, Syukri Yahaya, Diana Danielle Dan Janna Nick!
Yeaa, di sana nanti, anda berpeluang untuk jumpa dan ambil gambar bersama selebriti-selebriti terkenal tanah air seperti Fattah Amin, Syukri Yahaya, Janna Nick, Shawn Lee, Venice Min, Diana Danielle, Danny Koo, Geraldine Gan dan ramai lagi! Jangan lupa kamera anda ok?
#4 Melihat Pakar Drift Jepun Beraksi
Peluang untuk menyaksikan drifter handalan Jepun, Masato Kawabata (kiri) dan Hideyuki Fujino beraksi di litar. Deruman enjin keduanya pasti memacu adrenalin.
#5 Sale Sana Sini, Makan Tak Henti!
Sambil-sambil berhibur dengan artis yang hadir dan persembahan menarik, tak sah rasanya kalau tak makan sedap-sedap kan? Jangan risau, ada banyak food truck yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Dah kenyang makan, bolehlah intai-intai booth jualan TOYOTA.
Fuhh rugi rasanya kalau tak pergi ke TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Festival pada 25 dan 26 November ini di MAEPS Serdang. Untuk maklumat lanjut, boleh check out website dan juga laman sosial Instagram dan Facebook TOYOYA GAZOO Racing Malaysia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.