Kredit gambar utama: Shutterstock
Anda suka mendaki? Aktiviti ini menarik, bukan sahaja dapat keluarkan peluh tetapi pengalaman melihat pemandangan dari puncak adalah sesuatu yang sukar digambar. Jom lihat lima lokasi bukit yang sesuai untuk newbie.
#1 Broga
Kredit: Wikipedia
Bukit ini terkenal bukan sahaja menjadi lokasi sesi fotografi perkahwinan angkasawan pertama Malaysia iaitu Dato’ Dr Syeikh Muszaphar Shukor tetapi merupakan salah satu daripada scene filem Ola Bola.
Bukit ini tidak terlalu tinggi, laluannya juga tidak sukar tetapi memerlukan stamina yang tinggi. Trek mendak telah disediakan hingga ke puncak dan sesetengah bahagian trek mempunyai tangga dan disediakan tali. Tidak perlu risau untu mendaki bukit ini, kerana bukit ini agak padat pada hujung minggu dan ada yang mula mendaki seawal jam 5.30 pagi untuk melihat pemandangan matahari naik.
#2 Bukit Saga
Kredit: YouTube
Salah satu lokasi mendaki popular di Kuala Lumpur, Bukit Saga terletak di kawasan Ampang dan Cheras yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Hulu Langat. Tidak sukar untuk mendaki bukit ini kerana sebahagian daripada treknya telah disediakan.
#3 Bukit Puchong
Kredit: Shutterstock
Bukit yang terletak berdekatan Taman Wawasan Puchong ini tidak terlalu tinggi dan anda boleh sampai ke puncak dalam 30 minit bergantung kepada stamina. Bukit ini sangat sesuai buat mereka yang ingin menjadikan aktiviti mendaki sebagai hobi.
#4 Bukit Gasing
Kredit: Backpackingmalaysia
Bukit ini terletak di Petaling Jaya. Bukit gasing tidak tidak terlalu tinggi dan treknya mudah diikuti. Ada laluan berbatu, ada laluan bertangga dan tak kurang yang berlumpur. Anda boleh berehat di pondok yang disediakan. Puncak tertinggi hanya 160 meter tetapi banyak curam menjadikan pendakiannya mencabar.
#5 Bukit Nanas
Kredit: Rainforestjournal
Taman Eco Rimba KL atau Hutan Lipur Bukit Nanas, kawasan hutan asli yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan Simpan tertua di Semenanjung Malaysia ini turut menyediakan padang permainan, pondok, bangku rehat, kawasan perkhemahan dan trek jogging.
Tapi buat anda yang sedang memikirkan aktiviti lain selain mendaki hujung minggu ni, anda boleh sertai Larian Cabaran Pelampung Gergasi dan Zumba di #Hari100PLUS Aktifkan Malaysiaku yang menemui anda di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 18 November; Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 25 November; dan KL Sports City, Bukit Jalil pada 3 Disember ini.
Bukan itu sahaja, selain rasai kehebatan acara di Kuala Terengganu dan Sungai Petani, anda boleh menyertai uji bakat untuk menyertai pasukan selebriti dan duta 100PLUS seperti Mira Filzah, Hairul Azreen, Janna Nick dan Raja Pecut Negara, Khairul Hafiz Jantan. Saksikan juga kehangatan acara kemuncak di Bukit Jalil bagi mencari pasukan selebriti yang berjaya bergelar Wira 100PLUS!
Ayuh kekal segar and hidrat semula! Layari www.100plus.com.my untuk maklumat lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.