Kredit gambar utama: Pexels
Semua orang pasti mempunyai media sosial masing-masing. Pendek kata, media sosial adalah salah satu medium wajib ada pada semua orang masa kini. Dalam sehari berapa jam korang intai akaun media sosial? Korang sure pernah tengok aksi social media influencer ni. Macam-macam aksi dan gaya yang diorang share di akaun Instagram, Facebook dan YouTube, kan? Antara ramai-ramai ni, siapa yang korang paling suka?
#1 Banzz
Nak tau pasal makanan? Jung Mansu atau lebih dikenali sebagai Banzz dari Korea Selatan adalah orangnya. Youtuber ni banyak berkongsi tentang makanan kepada 2.8 juta subcribersnya!
#2 Mina Myoung
Mempunyai lebih 10 juta langganan di YouTube*, Mina Myoung mereka tarian untuk selebriti K-pop terkemuka seperti Sunmi, Jessi, TWICE, Jay Park dan ramai lagi; dia juga merupakan penggemar tegar kecantikan dan alatan solek.
#3 Hisyam Hamid
Siapa yang tak kenal dengan Hisyam Hamid, kan? Ramai peminat yang ingin mengetahui sisi lain pelakon ini. Tidak hairanlah kalau dia mempunyai 1.1 juta pengikut di Instagram.
#4 Chaleeda Gilbert
Penyanyi Thailand ini pernah muncul berkongsi pentas dengan Zizan tahun lalu. Dahlah cantik, suara pun sedap... Chaleeda mempunyai 130 juta pengikut di Instagram.
#5 PongPong
Penyanyi duo yang juga merupakan bintang YouTube, PONGPONG ini mempunyai 226 ribu langganan di YouTube*
Ramaikan pengikut diorang ni, berjuta! Korang tak nak tau ke tip untuk jadi social media influencer berjaya macam diorang ni? Kalau nak, apa kata korang serbu festival media sosial yang dikenali sebagai ‘IN Festival: Influencers 2018’ akan berlangsung 22 dan 23 September ni, mulai jam 11 pagi hingga 10 malam di Dewan 4 dan 5 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bukan tu je, ada aktiviti menarik yang korang boleh join sepanjang festival ini berlangsung. Sambil-sambil menonton persembahan secara langsung, korang bolehlah join pelbagai aktiviti dan Like Facebook infestivalMY untuk dapatkan updates.
- Bengkel media sosial dan penghasilan kandungan oleh IGNITE;
- Demonstrasi secara langsung dan bengkel membuat kopi oleh penganjur festival seni kopi terbesar di Malaysia, CAFFA;
- Demonstrasi kecergasan oleh gimnasium mewah, Babel Fit;
- Pertunjukkan fesyen dan sesi perkongsian oleh Runway Productions by Catwalk Guru;
- Pertandingan permainan video dan sesi beramah mesra oleh Geek Fam;
- Bengkel tarian dan persembahan oleh Katoon Network Dance Academy.
- Peluang bertemu individu berpengaruh dalam bidang kecantikan di Get It Beauty Booth.
Korang boleh juga berhibur di Konsert Tremendous JOOX Live Concert pada 22 September jam 7:30 malam yang akan menampilkan penyanyi terkenal Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Akim and The Majistret, Farisha Irish, Uriah See, Ismail Izzani, Aizat Amdan dan Aziz Harun.
Korang yang nak datang tu, kenalah daftar dulu di www.infestival.com.my! Jangan risau PERCUMA je. Kalau korang pelanggan Digi, cuma daftar je di MyDigi app untuk pas masuk melalui Digi Exclusive Lane.
Lagi awesome, pelanggan Digi sekarang boleh follow dan tonton video social media influencer yang terhangat di Facebook/Instagram/YouTube tanpa had sepanjang hari! dengan Digi Prepaid Internet Cili Padi pada harga RM1. Best giler kan!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.