Lipas adalah serangga yang boleh hidup di tempat-tempat tersembunyi yang mudah dijumpai manusia dan ia mempunyai pelbagai jenis spesis dan jenis.
Tahukah anda? Banyak fakta yang anda tidak tahu mengenai lipas ini, berikut adalah senarai fakta tersebut;
1. Boleh Leperkan Badan
Lipas boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja dengan merenggangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.
2. Boleh Tukar Kelajuan Ketika Berlari
Kemampuan menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal.
Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan sehingga mencapai kelajuan 320km/j.
3. Mampu Hidup Tanpa Kepala
Lipas masih mampu hidup sehingga 2-3 minggu setelah kepalanya terputus kerana ia mampu bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.
4. Hidup Dalam Berkumpulan
Lipas hidup berkumpulan tetapi ia tidak tersusun seperti semut dan lebah kerana apabila lipas makan, ia membuang najis.
Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.
5. Ada Yang Boleh Melompat
Spesis lipas di Afrika Selatan ada yang boleh melompat seperti belalang dan kelihatan lincah melompat serta tidak suka duduk diam.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.