Kredit gambar utama: Shutterstock
Siapa yang nda rindukan suasana ceria bila adik beradik berkumpul di rumah. Boleh hilang semua masalah. Ada banyak sebab momen bersama keluarga ni paling dirindui dan diingati kalau kita jauh daripada keluarga.
#1 Boleh Jadi Diri Sendiri
Iyalah bah, keluargakan orang yang paling rapat dan kenal kita. Dorang tau baik buruk kita dan terima kita seadanya. Bikin penat ja berpura-pura depan dorang.
#2 Masakan Ibu
Memang nda ada mana-mana restoran yang boleh lawan kehebatan air tangan Ibu kita. Kena -kena pula jarang balik kampung, kena hidang dengan makanan kegemaran air tangan ibu... Oh, macam di syurga bos...
#3 Membawang Nga Ingat!
Ceritalah apa ja topik, bergurau la puas-puas sebab itulah yang bikin erat kasih sayang. Bergaduh manja tu biasa la bah, merajuk sikit-sikit tu pun biasa. Ala, kita kan famili, bukan selalu dapat ‘mengolok’, terutamanya bila semua sudah besar dan bawa haluan sendiri.
#4 Disayangi
Orang paling susah hati bila kita susah dan sakit confirmed lah ahli keluarga. Dorang ni la yang sanggup bersusah payah mau tolong kita dan dorang ni la antara orang pertama yang kita cari bila kita ada masalah.
#5 Lupa Segala Masalah ‘Dunia’
Bila terpaksa berjauhan dengan keluarga, macam-macam masalah datang. Paip bocor nda tahu mau repair, mau masak nda tau dan lagi sandi bila semua benda kena buat sendiri. Makan sendiri, shopping sendiri. Bukannya kita teda kawan-kawan baik, cuma perasaannya nda sama la bah kan macam dengan ahli keluarga sendiri.
So, kalau kamu ngam-ngam rasa sunyi dan teringat ahli keluarga masa baca ni artikel, kamu memang kena balik kampung. Pesta Kaamatan pun dekat sudah. Bah cepat-cepat lah tempah penerbangan kamurang dengan syarikat tambang murah terbesar AirAsia syarikat penerbangan yang menghasilkan generasi juara!
Tempah sekarang di www.airasia.com.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.