Kredit gambar utama: Shutterstock
Bulan Ramadan memang tak dapat dipisahkan daripada makanan. Orang Sarawak tentunya familiar dengan makanan ni, ada yang wajib makan setiap hari. Orang Semenanjung yang merancang nak ke Sarawak pula, korang memang tak boleh lepaskan 5 makanan famous time sungkei ni.
#1 Kuih Bongkol
Kredit: Hisyam Bakar/Twitter
Makanan tradisional Sarawak yang diperbuat daripada tepung beras, santan dan gula apong. Kesemua bahan akan dicampur sebati dan dimasukkan ke dalam daun pisang untuk dikukus. Rasanya lemak manis dan cukup digemari sebagai hidangan sungkai.
#2 Bubur Pedas
Kredit: sarawakiana.net
Bubur lambuk popular di Semenanjung, di Sarawak pula terkenal dengan bubur pedas. Bubur ini diperbuat daripada rempah khas, dengan lebih daripada 10 jenis sayur-sayuran. Antara bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan bubur ini ialah ayam atau daging, lobak, kacang panjang, terung, tauhu kering, udang kering, serai, jagung muda, daun cekur, pucuk midin, ubi kentang dan santan.
#3 Kuih Celorot
Kredit: fazlisyam.com
Ada juga yang memanggilnya kuih selorot. Kuih yang berbentuk kon dan diperbuat daripada gula apong/gula nipah/gula kabung, santan dan tepung beras ini dibalut dengan daun nipah. Kuih ini lembut dan rasanya tidak terlalu manis.
#4 Manuk Pansuh
Kredit: Sinar Harian
Ayam dengan kuah sup yang dimasak di dalam buluh. Hidangan tradisi asal kaum Iban ini menggunakan isi ayam dengan campuran herba dan sayuran yang dibakar di dalam buluh.
#5 Sotong Tutok
Kredit: Utusan Online
Sotong kering yang diketuk. Untuk menyediakan hidangan ini, sotong perlu dibakar atau dipanggang menggunakan bara beberapa minit untuk melembutkan sotong. Kemudian, sotong akan diketuk agar isinya mudah dimakan. Hidangan ini dimakan dengan sambal pencicah. Sotong tutok lebih sedap jika sambal pencicahnya sedap.
Korang pernah makan tak hidangan ni? Jom sertai Sungkai Bersama Bank Rakyat yang diadakan di Waterfront Kuching pada 26 Mei ni. Pada acara ni, korang bukan sahaja berbuka bersama kanak-kanak autisme yang turut sama memeriahkan acara tetapi acara berbuka ni diadakan style pot luck. Bolehlah korang rasa semua makanan yang ada. Tak perlu la berhabis beli macam-macam makanan. Semua pun boleh datang. Korang boleh beramah mesra dengan penyampai ERA Sarawak, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli!
Dan jangan lupa langgan pembiayaan peribadi-i dan kad kredit-i untuk penuhi keperluan kewangan anda. Bank Rakyat, bank pilihan anda.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.