Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Check Out 5 Foto Terohsem Bagi Peraduan Fotografi ERA bersama OPPO Ni!

Tabik spring kepada para pemenang ni!
Editor
23 Aug 2019, 10:29 AM

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Korang ingat lagi tak Peraduan Fotografi ERA bersama OPPO yang kitorang anjurkan baru-baru ni? Kitorang dapat banyak gila penyertaan sepanjang peraduan ni berlangsung sejak 22 Julai hingga 18 Ogos. Thanks korang sebab sudi hantar foto-foto yang gempak dan lawa!

Team ERA rasa excited tengok banyak foto yang cantik dengan pelbagai cerita unik yang tersendiri di sebalik hasil tangkapan korang, dan kitorang rasa susah nak pilih foto mana yang terbest!

Kisah manusia dalam kehidupan seharian

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Dengan tema utama iaitu Story Of The People, basically tema ni menggalakkan peserta untuk memerhati dan membayangkan apa rasanya kehidupan di tempat orang yang diambil foto tu, termasuklah emosi yang mereka sedang rasai, jerih payah yang dihadapi dan kejayaan yang dicapai dalam kehidupan seharian. 

Kitorang banyak terima foto yang memaparkan orang dalam kehidupan seharian dan setiap foto ni sangat unik. Para jurugambar mempamerkan tafsiran mereka sendiri tentang Story Of The People dari sudut pandangan yang berbeza yang menunjukkan pelbagai gaya dan emosi.

Banyak di antara peserta mengguna pelbagai gaya, sudut pandang, pencahayaan, latar belakang, filter, dan banyak lagi elemen yang membantu dalam mengambil foto yang berkualiti. Ada yang ambil foto potret dengan mod khas OPPO iaitu Artistic Portrait. Ramai juga peserta peraduan yang ikut tips yang kitorang bagi, seperti penggunaan 10x zoom hybrid dan 60x zoom digital, Dazzle Color Mode, serta Ultra Night Mode 2.0  yang hanya ada dalam fon OPPO.

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Bukan senang tau nak pilih foto mana yang terbaik. Sebanyak 17 orang pemenang telah dipilih di antara ratusan penyertaan. 10 pemenang telah menerima hadiah sagu hati iaitu payung. 4 orang telah memenangi Beg Barca. Pemenang tempat ke-3 dapat wireless earphone O-Free. Pemenang tempat ke-2 pulak dapat fon OPPO F11 Pro, manakala pemenang utama dapat fon OPPO Reno yang terbaru!

5 daripada 17 orang pemenang tadi pulak telah dipilih bagi mempamerkan karya agung diorang di Festival Fotografi Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos di VivaHome Exhibition.

Check out foto diorang yang kitorang berkenan sangat:

Tempat Ke-5: Fauzan Yusof (@pojan_yf)

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Kitorang suka foto ni sebab kitorang dapat rasa yang budak-budak ni tak sabar nak balik rumah. Foto ni ditangkap dengan OPPO F11, yang mempunyai 48 MP+5MP Dwi Kamera Belakang yang boleh menangkap setiap detail daripada corak pakaian kepada ekspresi wajah mereka.

Tempat Ke-4: Hafiz Azhar (@pixel.ad)

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Emosi kitorang rasa terusik tengok foto ni, dengan latarbelakang yang cantik, ditambah dengan subjek yang masih rajin bekerja walaupun hari dah nak gelap. Telefon pintar OPPO terkenal dengan kualiti kamera mereka seperti yang dapat dilihat dalam foto ini. Tiada noise, tak kabur dan foto menunjukkan warna yang jelas dan terang.

Tempat Ke-3: Mohamad Fitri Abd Sani (@mhmdftrisni)

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Foto ni ditangkap guna OPPO Reno dengan Mod Potret. Ciri teknologi AI Scene Recognitionnya secara automatik boleh membetulkan warna muka dan memulihkan tona kulit bagi membuat foto kelihatan lebih jelas dengan wajah subjek yang lebih ekspresif. Foto ni sememangnya menjentik hati dan buat kitorang rindukan nenek kesayangan di kampung.

Tempat Ke-2: Nizao Solari (@nizaosolari)

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Kitorang rasa teruja dengan perspektifnya yang cun! OPPO F11 Pro ni mempunyai 48MP +5MP Dwi Kamera yang mampu menangkap setiap aktiviti walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Efek hitam putih buat foto ni lagi dramatik!

PEMENANG UTAMA: DIN GITAR (@din_gitar)

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Foto ni menggunakan ciri Mod Potret OPPO yang boleh memberikan tumpuan kepada subjek yang penting secara lebih detail sambil mengaburkan latar belakang.

Selain itu, kamera ini menyokong efek bokeh yang mengaburkan latar belakang serta penggambaran dalam persekitaran yang malap atau terang. Ciri Mod Potret OPPO pula menggunakan AI untuk membahagi cahaya secara merata  dan menghasilkan gambar yang tajam.

Kitorang suka gila foto ni sebab ungkapan kebahagiaan oleh subjek dapat dilihat dengan jelas! Kerutan mata yang disebabkan oleh senyuman malu pak cik ni mampu membuat sesiapa yang melihat untuk ikut tersenyum! Bukan tu je, coretan kisah di sebalik gambar ni buat kitorang rasa sebak:

Bila kita memerlukan sesuatu dia cuba tunaikan.

Saat kita bersedih dia juga bersedih dalam diam.

Saat kita gembira itulah kebahagian buatnya.

Kejayaan kita itulah permata buatnya.

Hujan, panas dan sakit tiada alasan baginya untuk terus mencari nafkah buat keluarga.

Hebatnya seorang insan yang tiada penggantinya, itulah AYAH,” kata Din.

Ya, siapa sangka di sebalik senyuman yang diukir tersimpan seribu satu perasaan yang jarang ditunjuk oleh ayah? Gambar ini berjaya menangkap suka duka yang tersembunyi.

Apa perasaan Din dipilih sebagai pemenang utama?

Saya amat bersyukur dan terharu setelah mengetahui telah terpilih sebagai pemenang pertandingan ERA erat bersama OPPO. Terima kasih ERA kerana memberi harapan baru buat saya. ERA tetap Radio no.1 terbaik di Malaysia,” jawabnya.

Tahniah Din kerana anda juga berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya! Tahniah juga diucapkan buat semua finalist ERA ni!

Team ERA pilih foto-foto ni sebab kitorang rasa setiap foto yang dipilih ni memahami tema yang terbaik dan menceritakan kisah uniknya yang tersendiri. Macam-macam yang kitorang boleh rasa dan simpulkan daripada imej yang dilihat.

Peraduan ni bertujuan memberi inspirasi kepada para pencinta fotografi, dan menggalakkan diorang untuk menangkap detik-detik indah dalam hidup yang singkat ni dan meluaskan pandangan mereka secara kreatif.

Walaupun pandangan mata kasar kita membantu kita melihat dunia yang indah ni seadanya, hanya hati dan perasaan kita je yang benar-benar mampu melihat kebenaran yang ada dan tak boleh dilihat dengan mata kasar. Hidupkan imaginasi korang melalui foto-foto yang korang mampu tangkap setaraf professional dengan OPPO!

5 finalist ni bakal memaparkan karya agung mereka di Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF) 2019

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Lima orang pemenang peraduan ERAxOPPO ni bakal memaparkan karya agung mereka di KLPF 2019 pada 23 hingga 25 Ogos ni di VivaHome Exhibition. OPPO dan KLPF telah bekerjasama bagi mempersembahkan foto-foto pemenang dari pelbagai platform media.

Setiap pemenang dari platform media yang ada akan dijemput bagi memeriahkan majlis pemberian hadiah. Terdapat juga beberapa jurugambar yang dijemput bagi membincangkan fungsi-fungsi yang terdapat pada fon OPPO.

Jom datang ke VivaHome Exhibition weekend ni untuk check out foto-foto yang cantik!

Siapakah yang bertanggungjawab dalam memilih para pemenang ni?

Tiga orang jurufoto profesional terkemuka telah diberi tanggungjawab dalam memilih pemenang dengan foto yang terbaik dan menepati tema peraduan, iaitu Keda Z. (World Most Outstanding Photographer Celebrity 2019), Alex Tan (Asia Top 30 Photographer) dan Grey Chow (jurugambar profesional bagi Nature, Travel Landscape dan Astro). Ketiga-tiga mereka telah dipilih bagi mengadili peraduan ni disebabkan oleh kepakaran dan bakat mereka dalam bidang fotografi.

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Pemenang utama ERAxOPPO bakal berentap di OPPO Ultimate Award

Pemenang utama kitorang bakal berentap lagi bersama dengan para pemenang dari platform media lain dalam pusingan terakhir peraduan ni iaitu OPPO Ultimate Award. Terdapat tiga orang pemenang utama yang bakal dipilih nanti. OPPO bersama dengan Keda, Alex, dan Zung akan mengadili pusingan ini.

Pemenang utama bakal memenagi hadiah wang tunai bernilai RM3,000. Pemenang tempat kedua akan memenangi RM2,000, manakala pemenang tempat ketiga pula akan memenangi RM1,000.

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

OPPO kekal di tempat kedua dalam pasaran Malaysia sepanjang tahun

Dengan ekonomi dunia yang tak menentu, pasaran fon pintar menghadapi kemelesetan yang berterusan. Namun begitu, OPPO kekal berkembang di pasaran, dan jenama fon pintar dunia ni berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat kedua dalam pasaran fon pintar Malaysia sejak suku ketiga tahun 2018, menurut laporan terkini dari Canalys.

Check out pelbagai fungsi menarik fon OPPO Reno

Pemenang utama menerima fon OPPO Reno sebagai hadiah. Apa yang special sangat dengan fon ni? Ni antara fungsi utama fon OPPO Reno yang boleh buat foto korang nampak lebih memukau:

check out 5 foto terohsem bagi peraduan fotografi era bersama oppo ni!

Tengok la ni, sampai Neelofa pun tergila-gila dengan fon OPPO Reno:

Kalau nak tau lagi lanjut pasal fon OPPO Reno, baca artikel ni.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}