Kredit gambar utama: Shutterstock
Korang suka makan ayam goreng? Ada yang suka bahagian isi, ada pula yang lebih menggemari bahagian tulang. Bagaimana pula cara korang nikmati ayam goreng? Adakah korang tergolong dalam salah satu daripada 5 jenis penggemar ayam goreng ni?
#1 Macam biasa. Makan kulit bersama-sama isi barulah kick!
#2 Lebih suka tulang, lebih-lebih lagi bahagian kepak dan paha.
#3 Makan dengan nasi barulah kenyang.
#4 Makan ayam dengan roti. Macam sandwich. Ayam yang rangup campur dengan roti yang lembut memang terangkat!
#5 Save the best for last. Bahagian paling best tentunya kulit. So, kita mulakan dengan isi dan sudahi dengan kulit.
Bayangkan bulan Ramadan ni korang berbuka dengan ayam goreng yang juicy di dalam dan rangup di luar... Memang tak toleh kanan kirilah. Lebih syiok kalau korang nikmati ayam goreng di Rumah Berbuka Marrybrown yang menyajikan dua set hidangan istimewa; Hidangan Solo dan Hidangan Famili.
Walaupun namanya Hidangan Solo, tetapi hidangan ni tak solo pun. Korang dapat 2 ketul MB Chicken Crispy, pilihan hidangan bubur ayam atau kentang goreng, minuman Strawberry Fanta dan Ais Krim Nestlé’s Mat Kool untuk kepuasan berbuka puasa yang sebenar.
Nak makan ramai-ramai pun takde hal. Korang boleh pilih Hidangan Famili yang menawarkan 9 ketul MB Crispy Chicken yang rangup dan lembut. So, korang pilih yang mana? Layari Facebook Marrybrown untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.