Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

5 Benda Terbaik Di Bulan Ramadan Yang Paling Dinantikan

Kan best kalau hari-hari pun macam ni!
Editor
24 May 2019, 08:28 PM

5 benda terbaik di bulan ramadan yang paling dinantikan

Kredit: Shutterstock

Bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu bukan saja memberikan kita peluang untuk menambah pahala, tapi ia turut memberikan kita saat-saat indah yang takde pada waktu lain! Selain daripada kuih-muih dan makanan yang hanya ada di bulan puasa, ada banyak lagi benda best yang kita harap berlaku lebih kerap. Ni kitorang punya top 5:

#1 Jalan raya yang kurang sibuk sebab boleh balik awal

Di bulan puasa kebanyakan office akan bagi pelepasan buat umat Islam untuk balik lebih awal bagi berbuka puasa. Bila keluar office di antara pukul 4 – 4.30 petang dah confirmlah jalan tak jem teruk sangat berbanding waktu biasa. Cepat je dah sampai rumah. Kan best kalau hari-hari pun macam ni?

#2 Shopping baju raya yang sedondon
5 benda paling best di bulan ramadan yang kita harap berlaku lebih kerap!

Kredit: Shutterstock

Bukan selalu nak pakai baju warna sedondon kan? Time raya nilah semua ahli keluarga shopping baju raya dan pakat pilih baju yang sama. Walaupun shopping bersama-sama boleh je buat waktu lain, tapi shopping raya ni selalunya special sikit berbanding hari biasa sebab suasananya yang berbeza! 

#3 Memasak juadah berbuka atau buat kuih raya bersama-sama

Bila dah keluar office awal mesti boleh sampai rumah lagi awal. Inilah masanya untuk tolong masak juadah berbuka bersama-sama. Bila menjelang raya pula, boleh buat kuih raya beramai-ramai dengan keluarga atau saudara-mara. Masa nilah nak catch up tentang hal masing-masing dan membawang.

#4 Semua orang beribadah bersama-sama

Sebab sibuk sangat dengan hal kerja atau study, kebanyakan orang jarang bersolat bersama-sama dengan keluarga. Tapi time Ramadan ni bukan setakat solat Subuh dan Maghrib je boleh sama-sama, tapi korang juga boleh bertarawih dan moreh bersama-sama. Seronoknya!

#5 Makan bersama-sama dengan keluarga tepat pada masanya
5 benda terbaik di bulan ramadan yang paling dinantikan

Kredit: Shutterstock

Bukan senang nak kumpul ramai-ramai dan makan bersama. Selalunya waktu berbuka puasa atau bersahur semua orang akan berkumpul di meja makan pada waktu yang sama, tepat pada masanya! Rasa lebih nikmat kalau makan bersama-sama, terutama dengan hidangan yang sedap.

Selalunya time Ramadan ni mesti ada banyak promo berbuka yang boleh save duit. Kalau korang nak berbuka dengan keluarga, apa kata korang try Kombo Keluarga MB Crispy Chicken oleh Marrybrown? Kombo ni dilengkapi dengan kurma, lapan ketul MB Crispy Chicken, dua kentang goreng bersaiz besar, dan sebotol 1.5L Fanta Strawberi.
5 benda paling best di bulan ramadan yang kita harap berlaku lebih kerap!

Kalau terpaksa berbuka seorang diri, apa kata korang try Kombo Solo? Kombo ni dilengkapi dengan dua biji kurma, dua ketul MB Crispy Chicken, satu kentang goreng bersaiz biasa, segelas Fanta Strawberi serta Ais Krim Nestlè Mat Kool.

Sepanjang musim perayaan ini, Marrybrown akan mengadakan peraduan dalam talian yang berinteraktif dan menarik serta memberi maklumat dalam membantu korang memilih sendiri hidangan untuk berbuka puasa. So kalau takde idea nak makan apa dan teringin nak menang hadiah yang best, korang boleh check out laman web Marrybrown dan juga Facebook dan Instagram.

Selain tu, Marrybrown turut menganjurkan pemberian makanan secara percuma kepada orang ramai di beberapa tempat di Selangor, Johor Bahru, dan Kelantan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}