Semalam telah berlangsungnya perlawanan peringkat Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia keatas pasukan Indonesia dengan jaringan 2-0.
Disebalik perlawanan itu malam tadi timbul beberapa insiden kekecohan yang berlaku ketika dan selepas perlawanan, menyebabkan 41 individu ditahan oleh pihak berkuasa.
Dipetik daripada Bernama, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
“Mereka yang ditahan adalah penyokong kedua-dua pasukan dan telah dibebaskan selepas proses dokumentasi dijalankan,” katanya.
Insiden terjadi selepas beberapa provokasi melibatkan kedua-dua pihak yang saling membaling botol dan kon, serta membakar mercun.
Keadaan berjaya diredakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan penyokong Indonesia dibawa keluar dari stadium secara berperingkat dengan pengawasan polis.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.