Kredit gambar utama: @chopiecakap/instagram, @ezrimukriz/instagram, @kim_azizd/instagram & @mijul_era/instagram
Orang Sabah, korang tentu tak sabar dan teruja nak tengok penyampai ERA Sabah, Mijul & Kim bersaing dalam battle, kan? Pendengar Sarawak pun tak terkecuali, korang boleh beri sokongan kepada Chopie & Ezri yang bersaing sesama sendiri pada 9 Mac ni.
Iya, ni bukan cerita rekaan! Empat penyampai daripada kedua-dua team dah ready nak turun padang dan tunjukkan aksi terbaik diorang. Korang pula, dah ready ke nak berikan sokongan kepada diorang?
Kalau ya, korang yang berada di Sabah tu cuma perlu kejar Mijul & Kim di 2 pusat dobi sekitar Kota Kinabalu dan pendengar ERA Sarawak tu bolehlah berikan sokongan korang pada Chopie & Ezri di sekitar Matang Metrocity sempena acara TOP ERA Laundry.
Gambar: Kim & Mijul, penyampai ERA Sabah (Kredit: @kim_azizd/instagram & @mijul_era/instagram)
Gambar: Ezri & Chopie, penyampai ERA Sarawak (Kredit: @chopiecakap/instagram, @ezrimukriz/instagram)
Empat penyampai ni akan turun padang dan mencari 50 pendengar pertama di lokasi yang dah ditetapkan. Seorang penyampai yang kalah dari team ERA Sabah dan seorang dari team ERA Sarawak tu, bersedialah untuk didenda. Nak tau denda apa yang menanti diorang? Korang kena check out la Insta Stories @erasabah dan @erasarawak.
Apa lagi guys, korang jangan lupa bawa bakul baju kotor ke lokasi kejadian untuk mendapatkan cucian percuma! Penyampai yang berjaya dapatkan 50 orang pengunjung lebih awal diangkat sebagai pemenang dan setiap pengunjung akan diberikan hadiah istimewa daripada TOP.
Orang Sabah, jangan lupa serang Super Wash Kedai Dobi Putatan bersama Mijul dan Super Laundry UA bersama Kim, pada 9 Mac 2019, Sabtu mulai 11 pagi hingga 2 petang.
Orang Sarawak pula, jangan lupa berikan sokongan korang pada Chopie di MyDobi, Matang Metrocity dan Ezri di Laundry Mate, Matang Metrocity juga pada 9 Mac 2019, Sabtu mulai 11 pagi hingga 2 petang.
Korang boleh check out website dan Facebook untuk info lanjut. Jumpa kat sana guys!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.