Malaysia bakal menjalankan kajian klinikal fasa-3 COVID-19 dengan melibatkan 3,000 sukarelawan bermula 21 Januari ini.
Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 akan bermula pada 21 Januari 2021 di sembilan (9) buah Hospital KKM di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research Centre - CRC) masing-masing.
Kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini dijangka akan melibatkan seramai 3,000 sukarelawan dan Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar negara China untuk kajian calon vaksin inactivated COVID-19 vaccine buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini.
“Kesemua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali, Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA telah diperolehi pada 8 Januari 2021.
“Semoga kajian ini akan dipermudahkan dengan keberkesanan yang tinggi dan kesan samping minima,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.