Bilangan angka korban akibat COVID-19 diseluruh dunia semakin bertambah kepada 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Ini menjadikan jumlah angka maut akibat wabak itu melepasi angka 314,000 kes di seluruh dunia.
Memetik laporan dari Awani, statistik berkenaan dikeluarkan oleh Johns Hopskins University yang merekodkan tiga negara kini melepasi angka 30,000.
Amerika Syarikat (AS) masih kekal sebagai negara yang paling tinggi kes positif dan juga kematian yang kini hampir 90,000 orang.
United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga kes kematian, dengan masing-masing mencatatkan 34,000 dan 31,000 kes.
Perancis dan Sepanyol pula dikedudukan keempat dan kelima dengan 28,000 dan 27,000 kes maut akibat COVID-19.
Negara-negara lain setakat ini merekodkan angka maut dibawah 10,000 kes.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.