Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Sejarah Tercipta! 22 Mumia Diarak Di Jalanan Kota Mesir

Kesemua mumia berasal dari zaman Firaun
Muhammad Izwan Zainal
10 Apr 2021, 02:00 PM

Minggu lalu, sebuah perarakan gilang-gemilang dianjurkan di ibu negara Mesir bagi meraikan dan menghargai warisan sejarah mereka.

sejarah tercipta! 22 mumia diarak di jalanan kota mesir

Limpahan cahaya dan bunyi-bunyian yang mengiringi persembahan menjadi tarikan dunia. Perarakan itu sebenarnya adalah acara pemindahan 22 mumia diraja dari pusat kota Kaherah ke tempat persemadian baharu iaitu di sebuah muzium terletak di ibu negara itu.

Acara ini bertujuan untuk mempamerkan khazanah negara yang tidak ternilai itu. Kesemua mumia itu dibawa sepanjang laluan pinggir Sungai Nil dari Muzium Mesir, melewati Dataran Tahrir, menuju ke Muzium Nasional Peradaban Mesir di kejiranan Fustat.

Perarakan itu disiarkan secara langsung di televisyen bagi mempromosi industri pelancongan Mesir yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bagi menjamin keselamatan, semua mumia itu ditempatkan di bekas khas yang dilengkapi kawalan suhu, diletakkan di atas trak yang dihiasi sayap dan corak motif zaman Firaun.

Menariknya, rekaan kenderaan itu umpama perahu zaman dahulu yang digunakan untuk membawa firaun yang mati ke kuburan mereka.

sejarah tercipta! 22 mumia diarak di jalanan kota mesir

Menurut Kementerian Antikuiti, kebanyakan mumia itu berasal dari kerajaan usang yang pernah memerintah Mesir dari tahun 1539 hingga 1075 Sebelum Masihi, 

Mumia Ramses II yang paling dikenali dan Ratu Hatshepsut (satu-satunya Firaun wanita Mesir) antara mumia yang diarak.

19 firaun dan empat keluarga diraja lain telah dikebumi sekitar 3,000 tahun lalu di makam rahsia di Lembah Raja-Raja di tapak Deir el-Bahri. Kawasan itu hanya berdekatan bandar Luxor. Pada kurun ke-19, makam itu buat kali pertama digali semula.

“Perarakan ini adalah acara global yang tidak akan diulang lagi,” ujar Menteri Pelancongan dan Antikuiti, Khaled el-Anany.

Tahap keselamatan dititikberatkan dan dikawal ketat dengan beberapa persimpangan jalan raya ditutup bagi memberi laluan kepada kenderaan khas yang membawa mumia-mumia itu.

sejarah tercipta! 22 mumia diarak di jalanan kota mesir

Pasukan pengawal juga berarak bersama dengan menaiki kuda, sementara diikuti dengan selebriti Mesir yang dibawa dengan kenderaan lain.

"Suasana yang luar biasa ini adalah bukti baharu tentang kehebatan rakyatnya, yang menjaga sebuah peradaban unik bagi sejarah yang amat dalam." ujar Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sissi

Di muzium baharu itu nanti, 20 mumia akan dipamerkan manakala dua lagi akan disimpan.

Sumber: BBC

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}