COVID-19 merupakan satu wabak virus yang boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja. Disebabkan itu, banyak negara termasuk Malaysia menyekat pergerakan orang ramai bagi memutuskan penyebaran virus ini.
Namun, ketika negara kita sudah hampir berjaya memutuskan rantaian COVID-19, ramai yang dilihat semakin alpa dan mula memandang ringan akan SOP yang telah ditetapkan, menyebabkan jumlah jangkitan mulai meningkat dari hari ke hari.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada 7 Disember lalu sehingga 19 Januari, terdapat 21 kluster COVID-19 dilaporkan, yang mana ia berkait dengan aktiviti rentas negeri.
Antaranya kluster Inten, Semambu dan Tembok Mempaga di Pahang yang berasal dari KL dan Selangor, kluster Seragam Chepa (Kelantan), Ehsan Ibol (Perak) dan Mengkuang (Terengganu) yang ketiga-tiganya juga berasal dari Selangor.
Aktiviti rentas negeri itu juga menyumbang kepada 1,931 jumlah kes jangkitan COVID-19 setakat 19 Januari 2021.
Setakat 19 Januari 2021 juga, masih terdapat 39,464 jumlah kes yang masih aktif, dimana 238 daripadanya sedang mendapat rawatan di ICU dan 96 lagi dengan bantuan alat pernafasan.
Dalam perkembangan lain, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara, kecuali Sarawak, bermula Jumaat ini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.