Sejumlah 21 individu dikesan positif COVID-19 yang melibatkan Kluster Kampung Lebu di Pahang.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, satu daripada enam kluster baharu ini berkait rapat dengan kenduri kahwin dan tahlil melibatkan daerah Bentong dan Kuantan.
Kluster indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-122,732 telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat.
Saringan seterusnya keatas kontak rapat terutamanya ahli keluarga dan tetamu majlis mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19.
Nama kluster Kampung Lebu ini merujuk kepada lokaliti majlis itu berlangsung, kata Ketua Pengarah Kesihatan dalam satu kenyataan.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.