Baru-baru ini, dua lelaki bertindak membuang air kecil di tempat awam berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang kini diburu polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, pihaknya mendapat makluman kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.11 pagi.
Gambar yang tular di media sosial itu jelas menunjukkan individu terbabit sedang membuang air kecil di bawah pokok di lokasi berhampiran KSAB sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Tambahnya, siasatan yang dijalankan mendapati kejadian itu berlaku di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia.
“Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kesesakan aliran lalu lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.
“Jarak dari gambar tular itu ke tandas awam berdekatan adalah kira-kira satu kilometer, sekiranya pemilik kenderaan yang meninggalkan kenderaannya dibahu jalan dan berjalan kaki untuk ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.