Dua pelajar dari Fakulti Perakaunan Univeristi Teknologi MARA (UiTM) telah mengharumkan nama negara apabila berjaya tersenarai sebagai antara 10 pelajar terbaik dunia dalam peperiksaan ACCA dan CAT pada bulan Disember tahun lepas.
Pelajar tersebut ialah Fatin Najwa, 22 merupakan pelajar semester kelima untuk program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, 19, merupakan pelajar semester akhir program CAT. Perkara ini dimaklumkan oleh pihak UiTM dalam satu kenyataan.
Fatin Najwa telah meraih tempat pertama dalam Malaysia dan kesembilan dunia untuk peperiksaan Audit and Assurance (AA). Putera Aiman pula mendapat tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi peperiksaan Maintaining Financial Records (FA2).
Perghhh! Tahniah kepada Fatin Najwa dan Putera Aiman! Korang memang power lah!
Sumber dan gambar: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.