Tindakan 16 buah pesawat tentera republik itu dijelaskan Kedutaan Besar China di Malaysia apabila pesawat memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu sebagai latihan penerbangan biasa.
Menurut pihak kedutaan, kesemua 16 pesawat Tentera Udara China (PLAAF) tersebut tidak langsung menyasarkan mana-mana negara.
“Menurut undang-undang antarabangsa, kapal terbang tentera China itu hanya menikmati kebebasan penerbangan di ruang udara berkenaan.
“Malah, sepanjang latihan tersebut, pesawat tentera China itu mematuhi undang-undang antarabangsa yang berkaitan dan tidak memasuki ruang udara wilayah mana-mana negara lain.
“Dakwanya, tiada apa yang perlu dicurigakan kerana Malaysia dan China adalah ibarat jiran yang mesra.
“China dan Malaysia adalah negara jiran yang ramah mesra, dan China bersedia untuk meneruskan rundingan persahabatan dua hala dengan Malaysia untuk bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan serantau,” katanya lagi.
Isnin lalu, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad memaklumkan penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM di Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.