Disaat orang ramai khuatir dengan wabak COVID-19, ramai yang tidak sedar kes demam denggi dibeberapa negeri di Malaysia juga semakin meningkat.

Menurut rekod, setakat 31 Oktober 2020, sebanyak 133 kes maut akibat wabak Denggi dilaporkan, dimana jumlah kes terkumpul tahun ini hingga tarikh berkenaan adalah sebanyak 82,753 kes.
Jumlah kumultif ini bagaimanapun adalah kurang berbanding minggu yang sama tahun 2019.
Selangor menjadi negeri paling banyak kes jangkitan demam Denggi bagi tahun 2020 iaitu sebanyak 41,179 kes, diikuti Johor (10,352), WP KL dan Putrajaya (9,688) dan Kelantan (3,768).
Bagi bilangan kes maut, setakat minggu ke 44 tahun 2020, Selangor juga menjadi negeri paling tinggi kes maut akibat daripada wabak Denggi ini.
Perincian kes Denggi bagi minggu ke-44 (25/10 hingga 31/10) adalah seperti tertera:

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah pencegahan dan kawalan seperti membersih kawasan persekitaran, mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada denggi.

Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.