Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jangkaan untuk melandaikan kes COVID-19 dalam negara ini sekurangnya pada bulan Mei depan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, setakat ini masih terlalu awal untuk meletakkan sebarang unjuran COVID-19, dan jangkaan itu juga bergantung kepada tahap kepatuhan masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan PKPP.
Tempoh 12 minggu diletakkan oleh KKM bagi mengawal semula kedudukan kes COVID-19 di negara.
“Kita telah berada di landasan yang betul dan kita harap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKP. Jika ada keperluan untuk keluar rumah pastikan SOP dipatuhi, pakai pelitup muka, cuci tangan dan sebagainya.
“Kita jangkakan mungkin dalam bulan Mei kes COVID-19 dapat dilandaikan di negara kita,” katanya ketika sidang media KKM pada Rabu.
Bagaimanapun, pelaksanaan PKP bagi tempoh dua minggu ini akan diteliti dan perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa COVID-19.
Beliau sekali lagi menyeru agar semua duduk di rumah dan patuhi peraturan dan berharap rantaian COVID-19 dinegara ini dapat diputuskan.
“Kita tidak mahu PKP dilanjutkan kerana impak negatif kepada ekonomi. Jika dalam tempoh 2 minggu kita semua boleh duduk di rumah dan patuhi peraturan, InsyaAllah kita akan berjaya memutuskan rantaian jangkitan.”
Sumber: KKM / Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.