Gambar : Kementerian Kesihatan Thailand
Di saat satu dunia sudah mengetahui kehilangan seorang hero yang menyelamatkan mangsa gua Tham Luang, 12 pelajar tersebut baru saja diberitahu pada Sabtu yang lalu. Mereka baru diberitahu selepas mendapat nasihat doktor.
Saman Gunan meninggal dunia selepas menghantar bekalan tangki oksigen kepada mereka pada 6 Julai yang lalu.
"Semua mereka menangis dan mengucapkan takziah dengan menulis mesej di atas lukisan wajah Leftenan Komander Saman dan bertafakur selama seminit untuk mendiang," kata setiausaha tetap kementerian kesihatan, Jedsada Chokdamrongsuk.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.