Baru-baru ini Facebook berdepan isu besar apabila berlakunya kes kebocoran data peribadi penggunanya. Jadi jika korang pengguna tegar Facebook, 12 maklumat peribadi ini tak sepatutnya berada di profile korang.
1. Tarikh lahir
Tarikh lahir, nama penuh dan alamat merupakan maklumat paling bahaya bila ianya bocor. Ini kerana dengan maklumat seperti ini, individu tidak bertanggungjawab akan mendapat akses untuk tahu akaun bank dan informasi peribadi anda.
2. Nomber telefon
Tak kisahlah di Facebook atau mana-mana akaun media sosial tapi jangan sesekali letak nombor telefon korang.
3. ‘Unfriend’ rakan korang
Tak kisah pun kalau unfriend kawan korang kat Facebook. Tak bermakna kat luar tak kawan kan ? Menurut pakar psikologi dari Oxford Universiti, Profesor Robin Dunbar, manusia hanya boleh kekalkan 150 hubungan yang kukuh bersama rakan-rakan.
4. Gambar bersama anak-anak
Zaman sekarang macam-macam orang boleh buat dengan gambar yang kita muatnaik terutama gambar anak-anak.
5. Maklumat sekolah anak-anak
Menurut laporan Persatuan Kebangsaan untuk Mencegah Penganiayaan Terhadap Kanak-Kanak (NSPCC), rekod penganiyaan seksual terhadap kanak-kanak telah meningkat setiap tahun. Jadi, jangan sesekali beri ruang kepada penjenayah untuk lakukan jenayah seksual terhadap anak-anak korang.
6. Lokasi
Laporan Tech Crunch pada 2015 menjelaskan, 500 juta pengguna Facebook kongsi lokasi mereka melalui telefon pintar mereka dan ini membolehkan sesiapa sahaja tahu di mana anda berada.
7. Pengurus pejabat
Elakkan memuat naik status atau maklumat mengenai kerja. Kalau boss nampak apa yang korang complain tu kan dah susah. Jadi, set kan privasi korang.
8. Lokasi rumah
Jangan sesekali check in di rumah atau tag lokasi rumah !
9. Perancangan percutian
Alamak! Takutnya. Kalau nak pergi bercuti seeloknya update gambar selepas dah balik je lah eh. Menurut laman web This is Money, pelancong yang banyak diragut adalah disebabkan mereka kongsi rancangan percutian di media sosial.
10. Status hubungan
Bila happy, jangan tunjuk sangat kita happy di media sosial. Akan sentiasa ada mata yang memerhati tau.
11. Maklumat kredit kad
Jangan sesekali kongsi maklumat kredit kad korang di Facebook!
12. Gambar pas pelepasan
Pasti anda seronok untuk berkongsi gambar percutian anda bukan? Tetapi jangan sekali muat naik gambar ‘boarding pass’ sebabnya perincian unik pada pas itu adalah informasi untuk penerbangan korang. Ramai tak aware pasal perkara ni kan.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.