Lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat "Kinder" keluaran Belgium disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.
Kes berkaitan bakteria Salmonella Typhimurium didakwa akibat penggunaan produk coklat dan telah dilaporkan di 11 negara setakat Isnin, termasuk Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Ia melibatkan golongan wanita mewakili 66 peratus dan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun turut terjejas daripada kes dilaporkan.
12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan telah dimasukkan ke hospital dan tiada kematian akibat wabak itu telah dilaporkan setakat Isnin.
Penjujukan genetik bakteria salmonella dalam makanan mencetuskan kegusaran bahawa patogen berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.