Pandemik COVID-19 kini dilihat semakin ‘mengganas’ dengan kebanyakkan dunia mencatatkan kes jangkitan yang tinggi, dengan kes jangkitan di dunia kini mencecah lebih daripada 94 juta kes.
Setelah lebih setahun dunia ‘berperang’ dengan wabak ini, lima negara paling tinggi kes jangkitan COVID-19 setakat ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia dan United Kingdom. Manakala negara India, Turki, Iran, Indonesia dan Iraq pula lima negara tertinggi kes COVID-19 di Asia.
Sementara banyak lagi dunia sedang menantikan vaksin COVID-19, ada negara di dunia yang langsung tidak mencatatkan kes jangkitan COVID-19. Bermaksud, penduduk dinegara-negara ini tidak perlu memakai pelitup muka, tidak perlu penjarakan fizikal dan tidak perlu perintah berkurung.
11 negara yang masih bebas daripada COVID-19 adalah:
- Cook Island (populasi penduduk: 17,000)
- Tuvalu (populasi penduduk: 11,500)
- Tonga (populasi penduduk: 104,000)
- Pitcairn Island (populasi penduduk: 50)
- Palau (populasi penduduk: 17,900)
- Niue (populasi penduduk: 1,624)
- Nauru (populasi penduduk: 12,700)
- Kiribati (populasi penduduk: 116,000)
- Tokelau (populasi penduduk: 1,411)
- Micronesia (populasi penduduk: 112,000)
- Turkmenistan (populasi penduduk: 5 juta)
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.