Sebuah universiti di Indonesia ini menawarkan syarat baru untuk pelajar masuk ke fakulti mereka, iaitu perlu menjadi bintang di Youtube terlebih dahulu.
Universiti Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ) menawarkan kemasukkan ke fakulti mereka dengan syarat:
- Mempunyai saluran sendiri dengan pengikut sekurang-kurangnya 10,000 orang.
- Pernah menghasilkan klip video asli dengan tontonan 100,000 view.
Bukan itu sahaja, mereka yang memenuhi syarat tersebut juga akan diuji dengan diminta menghasilkan klip video baru berdurasi 3 hingga 5 minit.
Tawaran berkenaan dibuka kepada mereka yang ingin mengambil jurusan ekonomi, sains sosial dan politik, undang-undang, kejuruteraan serta komputer.
“YouTube adalah media yang bagus untuk menyampaikan mesej positif,” kata Rektor UPNVJ, Erna Hernawati kepada akhbar Jakarta Post.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.