Pandemik COVID-19 banyak memberi impak kepada semua pihak termasuk juga kepada haiwan.
Terbaharu, sebanyak 1,000 ekor kucing hidup terbiar di pulau kecil bernama Koh Phi Phi yang terletak dalam wilayah Krabi, Thailand.
Memetik laporan Thai PBS, pemilik haiwan tersebut difahamkan pernah menetap atau bekerja di Koh Phi Phi bertindak meninggalkan kepulauan itu akibat Covid-19 yang melanda negara berkenaan.
Industri pelancongan di Koh Phi Phi dilihat sunyi sepi akibat ketiadaan pelancong dan haiwan berkenaan juga terkena tempiasnya setelah pemilik mereka pergi meninggalkan mereka.
Menurut seorang sukarelawan, Suda Klinchuen, kebanyakan pemilik haiwan itu tidak kembali ke pulau tersebut untuk mengambil kucing mereka apabila mengetahui tiada kehadiran pelancong ke Koh Phi Phi buat masa ini.
Tambahnya, haiwan itu sentiasa menanti makanan daripada sukarelawan di sepanjang jalan di Phi Phi.
Sejak Mac tahun lalu, ramai sukarelawan memberi makanan kepada kucing itu sebanyak dua kali sehari sehingga sekarang.
“Kebanyakan daripada haiwan itu kebuluran,” katanya.
Kini, sebuah laman Facebook diwujudkan sebagai platform kepada orang awam untuk menghulurkan sumbangan bagi membeli barangan keperluan seperti makanan untuk kucing-kucing di situ.
Sumber: Thai PBS
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.