Terdapat pelbagai destinasi menarik khususnya di Asia yang boleh kita pergi, lagi-lagi sewaktu cuti sekolah ini. Lagi best kalau naik kereta api, rasa lebih luas permandangan kita tu kan?
Berikut adalah 10 trip kereta api yang patut korang cuba at least sekali seumur hidup!
#1 Dari Bangkok ke Chiang Mai, Thailand
Image credit: geoff dude
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 13 jam ini membolehkan anda melihat matahari terbit dikaki gunung di utara Thailand. Memang cantik!
#2 Seto-Ōhashi Line, Japan
Image credit: Sora
Menghubungkan Okayama Station di tanah besar Jepun dengan Takamatsu Station di pulau Shikoku, anda akan melalui jambatan Seto Ohashi, iaitu jambatan 2 tingkat yang menghubungkan banyak pulau-pulau kecil lain.
#3 Dari Kandy ke Ella, Sri Lanka.
Image credit: Cedric Z
Kereta api ini akan mengambil masa kira-kira 7 jam dan melalui kawasan tanaman teh di kaki bukit. Sepanjang perjalanan ini juga, anda akan ditawarkan untuk membeli buah-buahan segar tau!
Baca: A Quick Solo Travel Itinerary to Sri Lanka
#4 Alishan Forest Railway, Taiwan
Image credit: billy1125
Kereta api ini pada mulanya dibina untuk aktiviti perlombongan tetapi kini dibuka untuk orang ramai bagi melihat permandangan indah dikaki gunung.
#5 The Trans-Mongolian Railway
Image credit: Clay Gilliland
Perjalanan dari China ke Mongolia ini mengambil masa 27 hingga 30 jam lamanya. Bermula pagi di Beijing, anda akan melalui imigresen China-Mongolia pada tengah malam, dan meneruskan perjalanan melalui tanah kering Gobi Desert, seterusnya tiba di Ulaanbaatar pada petang esoknya. Fuhh!
#6 The Trans-Siberian Railway
Image credit: Vladimir
Perjalanan ini akan melalui tasik Baikal, iaitu tasik paling dalam dan tertua di dunia. Seterusnya akan melalui 2 bandar Rusia iaitu Novosibirsk dan Yekaterinburg, sebelum tiba di Moscow.
#7 Dari Hefei ke Fuzhou, China
Image credit: David Almeida
Kereta api laju dari Hefei ke Fuzhou, China ini mengambil masa hanya 4 jam setengah. Sepanjang perjalanan menggunakan kereta api ini, anda boleh melihat permandangan indah bukit dan gunung-ganang serta perkampungan kecil. Lagi best kalau anda boleh berhenti seketika di Yellow Mountain ni.
#8 Dari Hue ke Da Nang, Vietnam.
Image credit: Y Nakanishi
Perjalanan dari Hue ke Da Nang adalah lebih mudah menaiki kereta api yang memakan masa hanya 2 jam. Sepanjang perjalanan itu nanti, kiri dan kanan anda boleh saksikan pantai Laut China Selatan. Memang cool!
#9 Dari Goa ke Londa, India
Image credit: Victoria Imeson
Melalui pergunungan di Western Ghats, sebuah bahagian dalam negara India, anda perlu menaiki kereta api dari Vasco Da Gama di Goa, seterusnya turun di Londa Junction. Menariknya, anda akan melalui kawasan air terjun yang dikenali sebagai Dudhsagar Falls.
#10 Dari Singapura ke KL atau Penang
Kalau taknak pergi jauh-jauh, try daily trip dari Singapura ke Penang jom! Perjalanan mungkin memakan masa sehingga 9 jam dalam kereta api tapi memang syok lah!
Sumber: Tripzilla
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.