Jika anda ke hospital, siapakah barisan pertama yang akan merawat dan membantu anda? Ya, individu tersebut mungkin jururawat atau penolong pegawai perubatan.
Hari ini, 10 Mac merupakan hari yang dikhaskan bagi meraikan mereka yang bekerja sebagai penolong pegawai perubatan. Tidak ramai yang tahu kewujudan penolong pegawai perubatan ini kerana mereka sering disalah anggap sebagai seorang doktor.
Jawatan penolong pegawai perubatan ini juga dikenali sebagai MA (Medical Assistant), HA (Hospital Assistant) dan ada juga yang dikenali sebagai Dresser.
Walau apa pun panggilan nama untuk jawatan ini, tugas penolong pegawai perubatan ini secara amnya adalah merawat pesakit bagi kes-kes ringan selain membantu doktor menjalankan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit.
Tugas penolong pegawai perubatan juga tidak terhad kepada menjalankan pemeriksaan semata-mata, malah mereka juga memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan juga masyarakat.
Ketika dunia sedang bergelut dengan penularan wabak Covid-19, penolong pegawai perubatan adalah individu yang bertugas di barisan hadapan bagi mengekang penularan wabak ini daripada terus merebak.
Terima kasih kepada semua penolong pegawai perubatan!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.