Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

10 Jenis Ketakutan Yang Biasa Jadi Pada Manusia

Korang punya ketakutan nombor berapa?
Editor
28 Sep 2020, 07:00 AM

Terdapat banyak jenis ketakutan yang sering membelenggu manusia.

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Daripada ketakutan ini, ramai juga yang sering merasa fobia, trauma dan menjadi tidak berani untuk menghadapi ketakutan tersebut.

Menurut kajian, terdapat 10 jenis ketakutan yang biasanya terjadi pada manusia:

1. Fobia sosial

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Ketakutan ini biasanya dikaitkan dengan anxiety disorder dan juga kurang keyakinan diri ketika berada ditempat awam.

Mereka takut dengan pandangan orang lain terhadap mereka, membuatkan mereka menjadi tidak berani untuk bergaul dengan orang ramai.

2. Takut ruangan terbuka : Agoraphobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Walaupun secara umum difahami sebagai rasa takut terhadap tempat terbuka dan luas, agoraphobia adalah ketakutan yang jauh lebih kompleks.

Ini adalah gangguan kegelisahan yang membuatkan kehidupan normal seseorang itu menjadi gelisah.

3. Takut pada ketinggian: Acrophobia

Sebilangan orang takut dengan ketinggian eskalator di pusat membeli-belah. Ia berbeza dengan gayat.

Gayat dibezakan dengan acrophobia melalui rasa pening. Bagi sesetengah orang, berjalan di atas tebing atau bangunan tinggi menjadikan kepala mereka berputar.

4. Takut terbang: Pteromerhanophobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Dengan banyak kes mengenai bencana udara, ramai yang mempunyai ketakutan untuk terbang.

Tetapi lebih dari 100,000 penerbangan komersial di seluruh dunia setiap hari, bilangan mereka yang maut disambar petir adalah lebih tinggi daripada mereka yang maut dalam nahas pesawat.

5. Takut pada ruangan sempit: Claustrophobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Kadang-kala ketakutan untuk terbang sebenarnya lebih dekat dengan ketakutan terhadap ruang tertutup. Orang yang mempunyai ketakutan ini mengatakan bahawa mereka merasa seperti ada dinding yang menutupnya.

6. Takut kepada serangga: Entomophobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Mempunyai saiz kecil, merangkak dan sering menggigit, menjadi sebab mengapa ramai orang tidak menyukai labah-labah dan serangga.

Tetapi serangga adalah penghubung penting dalam rantaian makanan dan kita tidak boleh hidup tanpanya.

7. Takut pada ular: Ophidiophobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Rasa takut terhadap semua perkara yang berbisa adalah perkara biasa bagi kebanyakkan orang.

Satu perkara menarik tentang ular adalah, jika anda membiarkannya sahaja mereka akan meninggalkan anda sendirian.

8. Takut kepada anjing: Cynophobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Rasa takut terhadap anjing adalah fobia yang biasa berlaku, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Ketakutan dapat diburukkan lagi dengan kisah silam negatif berhadapan dengan anjing seperti dikejar mahupun digigit.

9. Takut kepada kilat: Astraphobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Dapat difahami mengapa bunyi guruh dapat membuatkan hati seseorang berdegup kencang dan ketakutan ini adalah perkara biasa.

10. Takut kepada jarum: Trypanophobia

10 jenis ketakutan yang biasa jadi pada manusia

Takut rasa sakit kepada kepingan logam yang tajam selalu menjadikan pemikiran seseorang itu tidak senang dan membuatkan ramai orang takut khususnya kepada jarum.

Jadi, daripada 10 ketakutan ini, yang mana satu jenis ketakutan korang?

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}