Kredit: Freepik
Korang yang pakai berhijab tu, selalu tak rasa muka korang kembang dan tudung tak menjadi setiap kali lepas pakai cermin mata? Selalu tak korang tengok orang lain yang berkaca mata, tapi tudung diorang elok je sampai ke petang? Bila tudung tak jadi, boleh efek mood sepanjang hari.
Tak semua orang boleh pakai contact lens. Ada yang serik sebab pernah kena jangkitan mata, ada pula yang lebih memilih memakai cermin mata kerana lebih mudah dijaga. Tapi kalau korang nak try contact lens, bolehlah klik kat sini sambil cuci-cuci mata tengok lens mana yang berkenan.
Korang tak payah stress-stress sebenarnya. Untuk korang yang bertudung, ada caranya untuk korang pilih cermin mata. Kalau betul teknik dan caranya, korang boleh gayakan apa jua jenis tudung tanpa ada masalah pun.
#1 Jenis tudung kegemaran
Pastikan korang sarung jenis dan material tudung yang selalu korang guna masa beli cermin mata baru. Kalau boleh lilitan tudung tu pun korang kena gayakan yang selalu korang pakai. Jadi, korang boleh expect macam mana rupa korang bila guna cermin mata baru tu nanti.
#2 Bingkai sesuai dengan muka
Beli cermin mata ni tak boleh main beli atau ikut-ikut orang. Iyalah setiap orang kan tak sama warna kulit, bentuk muka dan bentuk hidung. Pastikan bingkai tak terlalu kecil atau besar. Kena cuba beberapa jenis dan bentuk bingkai.
#3 Temple halus & lurus
Temple (tangkai pada bingkai) halus dan lurus lebih praktikal untuk mereka yang bertudung. Barulah rambut tak terkeluar masa korang tanggalkan cermin mata.
#4 Ambil tahu saiz bingkai ideal
Ni untuk korang yang memang dah pakai cermin mata. Make sure korang tahu saiz bingkai yang korang rasa paling selesa dan sesuai dengan bentuk muka.
Untuk yang baru pertama kali nak beli cermin mata, sebaiknya korang bawalah kawan yang boleh beri pandangan jujur dan membantu anda dalam memilih cermin mata yang sesuai.
#5 Sihat semasa membuat refreksi
Pastikan korang dalam keadaan sihat semasa pemeriksaan rabun (refreksi). Tiada selesema dengan mata dan hidung berair atau demam supaya tak jejaskan ketepatan mendapatkan ukuran “power” cermin mata.
Bila power betul, bingkai sesuai barulah korang rasa selesa. Takdelah nak kena betulkan spek berkali-kali sampai senget tudung. Paling penting kenalah pastikan yang cermin mata korang tu bersih. Kalau korang jaga dengan baik, barulah spek korang tu tahan lebih lama. Kan?
Nak tau bingkai macam mana yang sesuai dengan korang, klik je kat sini. Ada banyak pilihan cermin mata yang korang boleh pilih.
So, lepas ni bolehlah korang bergaya dengan cermin mata tu. Yang tak rabun tapi nak pakai cermin mata hitam pun boleh. Ada banyak bentuk yang korang boleh pilih.
Dah tau tip-tip ni, lepas ni senanglah kalau korang nak buat spek. Bolehlah korang tampil yakin dengan gaya stylo berce
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.