Artikel ini ditaja oleh WonderKlean
Kredit: WonderKlean; Edit: ERA
Sejak dua menjak ni, ramai betul yang demam, selesema dan batuk kan? Kalau diikutkan kita semua sudah beralih pada fasa endemik, tetapi sekarang bukan hanya COVID-19 yang perlu dibimbangkan, banyak lagi virus dan kuman membawa penyakit.
Sebab itulah rumah perlu sentiasa dalam keadaan bersih supaya kuman dan virus ini tidak mudah tersebar.
Ada yang sarankan supaya kita mengemas dan membersihkan rumah setiap hari, tetapi agak susah sebenarnya tambahan pula jika korang sibuk dengan kerja masing-masing.
Mula lah muncul mood malas mengemas tu kan, last-last tertangguh! Aishhh!
Jadi Macam Mana Nak Pastikan Rumah Kekal Bersih?
#1 Pastikan Ada Aliran Udara Rumah, Buka Tingkap Selalu Okay!
Kredit: CANVA
Biarpun keadah ini sudah lama diguna pakai ketika pandemik, namun ia masih relevan sehingga hari ini.
Mudah jer, buka tingkap rumah korang untuk membolehkan pengudaraan udara yang berkualiti. Biarkan udara segar dan bersih masuk ke rumah korang.
Pengudaraan yang mencukupi bukan saja mengurangkan sebilangan besar virus yang ada di udara, malah membantu mengurangkan risiko penularan partikel kecil (aerosol) berbahaya.
Perkara ini sebenarnya pernah dinyatakan sendiri oleh Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood masa pandemik lalu.
Korang baca penerangan di bawah 👇
So mudah kan? Cuba okay!
#2 Rumah Banyak Karpet? Malasnya Nak Cuci! Pilih Jer Lantai Jubin Atau Marmar
Kredit: CANVA
Tips kedua ni juga agak mudah sebenarnya, terutama jika rumah korang jenis banyak karpet. Keluarkan karpet korang yang banyak tu, biarkan saja jubin dan marmar korang.
Sebab apa? Sebab karpet boleh memerangkap habuk, kulat, hama dan pelbagai kotoran lain.
Bila korang bersihkan karpet atau berjalan di atasnya, zarah-zarah tersebut boleh bercampur dengan udara di sekeliling rumah.
Kalau hidung yang sensitif tu, confirm tak boleh rumah yang banyak karpet! Asyik nak bersin kan, maksudnya rumah korang banyak debu dan habuk!
So, apa kata korang alihkan karpet dan biarkan lantai jubin dan marmar tu. Senang nak cuci nanti!
#3 Pastikan Kipas Dibersihkan! Lubuk Kuman Tu!
Kredit: CANVA
Langkah ketiga ni mungkin agak ‘heavy’ sikit untuk sesetengah daripada korang, tapi percayalah ia dapat mengurangkan debu-debu di rumah.
Bayangkan debu yang lama terperangkap di celah-celah bilah kipas tu berpusing menyebarkan udara bersama kuman! Takutkan?
Kalau boleh bersihkan segera supaya debu-debu ini tidak terlalu degil untuk dicuci.
Nak lagi tips menarik korang boleh guna keadah ni. Gunakan cuka makan, baking soda dan pencuci pinggan.
Korang boleh tonton video tips tu di sini 👇
#4 Mop & Sanitasi Rumah Selalu, Baru Senang Hati!
Kredit: WonderKlean CANVA
Masih ingat tak ketika pandemik lalu, ramai yang mengambil pendekatan untuk sanitasi rumah. Tidak kiralah berlaku kes ataupun tidak, mesti ada diantara korang yang kerap sanitasi rumah.
Selain bebas daripada virus dan kuman, korang juga akan rasa lebih selamat sekiranya rumah telah dibersihkan.
Tapi kalau nak lakukan sendiri mesti rasa macam tak efektif kan?
Haa tahu tak Wonderklean sekarang ada perkhidmatan sanitasi atau pembasmian kuman indoor secara profesional?
Apa Bagusnya Servis Pembasmian Kuman dan Virus WonderKlean
#1 Pil Pembasmi Kuman WonderKlean, Bunuh 99.9% Bakteria!
Kredit: WonderKlean
Untuk servis pembasmian ni, WonderKlean menggunakan pil pembasmi kuman atau ‘WonderKlean Disinfectant Tablet’ yang berupaya membunuh 99.9% bakteria, patogen kulat dan virus.
Nilai pH larutan memastikan pembasmi kuman ini mencapai setiap sudut ruang rumah korang sebelum ia tersejat. Efektif kan!
#2 Semburan Pembasmi Kuman WonderKlean
Kredit: WonderKlean
Mereka juga menggunakan teknik pengemburan menyeluruh dengan penyembur pembasmi kuman WonderKlean.
Keadah ini menggunakan motor berkelajuan tinggi yang dikonfigurasikan untuk menghasilkan kabus bersaiz mikrometer.
Malah, reka bentuk hos lembut yang unik disesuaikan untuk mencapai sudut dan celah tersembunyi dengan mudah.
#3 CUCKOO+ Service Team, Pasukan Perkhidmatan Terbesar Malaysia
Kredit: WonderKlean
Jangan tak percaya, perkhidmatan pembasmian kuman profesional ini sebenarnya daripada pasukan perkhidmatan standard industri.
Semua perkhidmatan dikendalikan oleh pasukan perkhidmatan CUCKOO+, salah satu pasukan perkhidmatan terbesar di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penjagaan rumah, termasuk perkhidmatan pembasmian kuman.
Paling penting ia menerima 97% rating kepuasan pelanggan! Hebat! 🔥
Berkesan Ke perkhidmatan WonderKlean?
Perkhidmatan WonderKlean ini mampu membunuh 99% virus, bakteria dan patogen kulat. Selain itu ia juga...
- Peluntur 50x - 80x lebih kuat daripada pembasmi kuman peluntur biasa
- Tidak toksik kepada manusia dan haiwan peliharaan
- Bebas alkohol & tidak mudah terbakar
- Mampu menghilangkan bau busuk
Kalau soal pakej pula, terdapat One-Time Purchase serendah RM300 dan juga Monthly Subscription Plan dengan hanya serendah RM60. Korang pilih je mana sesuai!
Eh WonderKlean Ada Service Lain?
Kredit: WonderKlean
Psst… jangan tak tahu selain servis pembasmian kuman dan virus WonderKlean turut menyediakan servis pembersihan penyaman udara.
Keadah pembersihan berganda mampu menanggalkan sebarang habuk atau kotoran degil tau!
Selain itu, pensterilan stim yang menggunakan wap pada 130°C mampu membunuh mikroorganisma sekali gus memastikan penghawa dingin korang bersih!
Nak menarik lagi?
Rebut promosi Double Klean Air Deal yang menawarkan Servis Pembersihan Penyaman Udara sebanyak dua kali pada harga RM280 mulai sekarang hingga 30 September ini!
Tak cukup dengan tu, mulai sekarang hingga 30 September ini juga, WonderKlean menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk Servis Pembasmian Kuman Dan Virus.
Hanya RM240 untuk Pakej Standard dan RM480 untuk Pakej Superior! Berbaloinya! 😲
Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan khidmat sanitasi rumah Servis Pembasmian Kuman dan Virus serta Servis pembersihan penyaman udara WonderKlean!
Layari laman web WonderKlean untuk info lanjut!