Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Kali Pertama Beli Perabot Rumah? Kami Kongsikan 7 Perkara Yang Perlu Korang Tau!

Tips beli perabot untuk first timer!
Editor
15 May 2018, 11:23 AM

Tak boleh dinafikan setiap kali melintasi kawasan kedai perabot pasti semua tersenyum sendiri membayangkan rumah yang mahu dihias, tambah-tambah untuk pasangan yang baru berkahwin. Untuk mengelakkan korang tersalah pilih perabot, kami sediakan beberapa panduan cara memilih perabot untuk yang pertama kali membelinya.

#1 Ambil Ukuran Sebenar Ruang Rumah

Kami anggap ni sebagai tips paling penting. Kenapa? Kalau kita berangan-angan untuk dapatkan dekorasi rumah yang cantik, semua perabot yang dibeli perlulah bersesuaian dengan ruang yang nak diletakkan. Contohnya, takkan korang nak beli peti ais yang terlalu besar sampai menghalang jalan masuk ke dapur kan? Wajib ambil ukuran dulu!

#2 Pastikan Selesa, Bukan Style Sahaja

kali pertama beli perabot rumah? kami kongsikan 7 perkara yang perlu korang tau!

Kredit: Hias.my

Pantang nampak design sofa yang lawa sikit, mulalah hati tu berkenan nak beli. Sabar dulu. Korang kena perhatikan betul-betul. Hak kita sebagai pembeli untuk tahu apa yang akan kita beli. Rajinkan diri bertanya penjual, apa fabrik atau material yang digunakan untuk perabot yang korang nak tu. Jangan nanti beribu dah habis beli sofa, seminggu guna dah rosak.

#3 Utamakan Keselamatan

kali pertama beli perabot rumah? kami kongsikan 7 perkara yang perlu korang tau!

Kredit: Shutterstock

Ada ke perabot yang tak selamat? Ada. Bentuk sesetengah perabot kadang-kadang mampu mempengaruhi tahap keselamatannya. Elakkan membeli perabot rumah yang diperbuat daripada bahan bahaya seperti kaca ataupun mempunyai struktur tajam yang merbahaya untuk kanak-kanak. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

#4 Bezakan Keperluan dan Kemahuan

Bagi yang pertama kali beli perabot, mesti korang rasa nak borong satu kedai perabot tu kan? Jangan membazir. Seeloknya bincang dahulu bersama pasangan, apa perabot yang menjadi keperluan utama untuk rumah korang. Senaraikan supaya korang tak terbabas masa shopping. Kalau ada duit lebih, barulah korang boleh beli perabot-perabot yang lain dengan senang hati.

#5 Tema dan Warna Pilihan

kali pertama beli perabot rumah? kami kongsikan 7 perkara yang perlu korang tau!

Kredit: Hias.my

Tips ini sekadar untuk memudahkan korang je. Pemilihan tema dan warna yang sesuai boleh buatkan dalaman rumah korang nampak cantik, menarik dan elegan walaupun ruang kecil. Rajin-rajinkan diri untuk search di Google macam mana nak menghias rumah dengan cantik. Ada banyak tips pemilihan perabot, dari jenis sampailah ke panduan memilih warna.

 

#6 Perabot Ada Kaki Atau Tiada?

Ini tips yang tak ramai orang ambil berat. Sebenarnya, faktor pemilihan perabot juga membantu korang masa mengemas rumah nanti. Bagi kami, perabot berkaki menjadi pilihan kerana sebab utamanya senang nak menyapu. Haha!

#7 Jangan Membuta Tuli, Pastikan Bajet Mencukupi

Kita sebagai pengguna perlu bijak berbelanja. Ada bermacam-macam jenis perabot yang dijual sebenarnya. Murah tak semestinya tak berkualiti, mahal tak semestinya tahan lama.

Untuk yang mencari perabot-perabot mampu milik, jadikan COURTS pilihan utama korang! Korang akan rasa lebih berbaloi sebab di COURTS, harganya lebih berpatutan.

PELAN COURTS FLEXI KREDIT hanya menetapkan kadar bulanan tetap sebanyak 1.25% sebulan. Cara pembelian juga mudah dan pantas  dengan kelulusan pinjaman dalam tempoh 24 jam. Korang hanya perlu bawa MyKad dan slip gaji/KWSP sahaja. Tak perlukan sebarang deposit! Dan boleh je selesaikan pembayaran awal tanpa caj!

Yang lagi menarik tentang COURTS, korang boleh beli dulu bayar kemudian! Tak payah risau! Hiasi rumah hari ini dan bayar kemudian! Tak percaya? Tengok video ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai COURTS, korang boleh juga tengok laman Facebook  dan laman Instagram. “Bijak Berbelanja, Senang Ria.”

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}