Kredit: Shutterstock
Kalau korang perasan, kebanyakan jenama produk penjagaan kulit mesti ada produk yang khusus untuk dipakai pada siang hari dan juga malam hari. Ada beza ke di antara produk siang dan malam?
Ya, semestinya! Kulit kita bekerja dengan lebih gigih pada waktu siang disebabkan oleh pelbagai ‘serangan jahat’ seperti sinaran UV dan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
Produk penjagaan wajah pada waktu malam pula memainkan peranan berbeza berbanding produk siang, tetapi tidak bermakna produk ini kurang penting. Ada banyak sebab kenapa korang kena gunakan produk penjagaan kulit pada waktu malam:
#1 Meningkatkan proses pembaharuan kulit secara semulajadi
Kredit: Freepik
Irama circadian korang, atau dalam bahasa mudahnya jam tubuh korang akan bagi tahu bila masa untuk tidur dan bangun dari tidur. Menurut sebuah kajian, perkara yang sama turut berlaku kepada kulit. Maksudnya kulit korang juga turut berehat pada waktu malam setelah seharian berperang!
Pada waktu siang, kulit korang bekerja keras bagi melindungi dirinya daripada sinaran UV yang berbahaya. Pada waktu malam pula, kulit tak berapa aktif dan tak bekerja macam siang hari sebab dia tengah berehat sambil memulihkan dirinya.
Menurut pakar kulit, waktu malam merupakan masa terbaik untuk korang pakai produk penjagaan kulit macam krim kulit atau corrector kesan-kesan hitam di kulit sebab kulit mampu menyerap bahan-bahan yang ada dengan lebih berkesan.
#2 Melawan radikal bebas yang bermaharajalela
Kredit: Freepik
Jangan ingat kat luar rumah je banyak pencemaran dan radikal bebas (partikel yang boleh merosakkan kolagen dalam kulit) tau! Kat dalam rumah korang pun ada. Radikal bebas ni sentiasa ada tak kira masa dan tempat.
Radikal bebas ni boleh menyebabkan kulit korang berkedut dan kelihatan tua sebelum waktunya. Alang-alang kulit korang tengah berehat, apa kata manjakannya dengan krim malam agar kulit lebih bertenaga pada siang hari.
#3 Meningkatkan penghidratan dan kelembapan kulit
Kredit: Freepik
Sama macam korang, kulit juga perlu sentiasa ‘diberi minum’. Krim pelembap mesti dipakai pada waktu siang DAN malam, sebab kalau pakai pada waktu siang je, krim pelembap tak akan kekal sehingga malam, dan kesannya kepada kulit pun semakin berkurangan. Kulit yang cukup kelembapannya akan membantu dalam penjanaan semula sel kulit.
Jangan lupa jaga kulit korang pada waktu malam juga!
Penting untuk korang gunakan produk penjagaan kulit pada malam hari kerana kesannya yang lebih efektif pada kulit.
Beberapa produk penjagaan kulit yang korang boleh pakai pada waktu malam ialah mask, serum atau krim seperti Beauty Sleep Night Cream oleh Tati Skincare, yang boleh didapati dalam 5g pada harga RM25.
Produk ni berfungsi dalam memberi tona kulit yang sekata, dan mengandungi ekstrak minyak dan arbutin kunyit bagi membantu merawat kulit kusam dan mengeluarkan jerawat dari dalam kulit. Selain itu, produk ni turut membantu dalam melembutkan kulit supaya korang sentiasa nampak muda!
Kalau sayang kulit, korang boleh dapatkannya sekarang di Tati Skincare.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.