Kredit gambar utama: Shutterstock
Cuba korang tengok gusi di cermin, ada tak nampak seperti merah-merah atau bengkak? Ada rasa pedih-pedih? Ada keluar darah tak masa korang berus gigi? Jika ya, korang mungkin merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tak sedar korang sebenarnya mempunyai penyakit gusi!
Menurut satu kajian oleh Kajian Kesihatan Oral di Kalangan Orang Dewasa Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010, 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit gusi.
Dalam satu kajian oleh Lion Corporation pada tahun 2017 pula, 80% responden daripada 450 orang dewasa di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu simptom penyakit gusi, paling kerap tentunya masalah gusi bengkak dan berdarah.
So macam mana penyakit gusi ni boleh terjadi?
Dalam banyak-banyak pesakit gusi ni pula, cuma 1% je yang sedar diorang memang ada penyakit gusi. Punca utamanya ialah penjagaan oral yang salah atau kurang memuaskan.
Basically, kalau korang tak berus gigi dengan betul, ni yang akan terjadi:
- Plak-plak gigi yang mengandungi berbilion bakteria akan terkumpul di gigi, gusi dan juga dalam poket gusi.
- Semakin lama semakin banyak terkumpul dan akhirnya toksin daripada bakteria tu akan rosakkan tisu-tisu gusi.
- Plak yang terbiar lama pula akan menyebabkan penyakit gusi yang bukan je boleh buatkan korang kehilangan gigi, tetapi banyak penelitian telah menunjukkan kaitan antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, kencing manis serta penyakit Alzheimer.
Apa simptom-simptom penyakit gusi yang common?
Cuba tengok kalau korang ada simptom-simptom penyakit gusi ni:
- Gusi kemerah-merahan
- Gusi berdarah bila berus gigi
- Gusi berdarah sendiri
- Gusi bengkak
- Nanah di antara gusi dan gigi
- Nafas berbau
- Gigi kelihatan panjang daripada biasa
- Terdapat jarak antara gusi dan gigi
- Gigi longgar
- Gigi berubah posisi
- Rasa sakit apabila menggigit
Kalau korang ada beberapa simptom ni, jangan tunggu lama-lama, cepat-cepatlah dapatkan rawatan. Korang yang nak tau lebih lanjut , check out je www.gumhealthcheck.com dan cubalah buat pemeriksaan kesihatan gusi.
Tak payah pening-pening! Ni 2 cara senang untuk korang rawat penyakit gusi kat rumah
Pilihlah berus gigi yang sesuai. Korang boleh check out www.loveatfirstbrush.com kalau nak tau macam mana nak pilih berus gigi terbaik!
Dah dapat berus gigi yang sesuai, korang kena make sure teknik berus gigi tu betul.
Korang boleh gunakan ubat gigi khas untuk elak pengumpulan plak dan menghalang bakteria bermaharajalela.
Ubat gigi seperti Systema Advance Anti-Plaque Toothpaste berkesan dalam memberi perlindungan terhadap pengumpulan plak dan bakteria selama 24 jam dan 4 kali lebih perlindungan terhadap masalah gusi.
Jadi, kalau korang nak gusi dan tubuh badan yang sihat serta bau mulut yang harum, klik di sini untuk info lanjut!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.