Artikel ini ditaja oleh Spritzer
Kredit: Spritzer, Canva; Edit: ERA
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak?
Pernah dengar pepatah ni? Haa maksudnya apa yang ada depan mata tak nampak, yang jauh juga dilihat. Sama jugalah dengan kecantikan!
Ramai yang sangka berhabis ratusan ringgit boleh nampak cantik tapi tak sedar, air mineral yang korang minum tu sebenarnya lebih powerfull!
Eh Macam Mana Pulak Air Mineral Boleh Cantikkan Wajah?
Memang tak dinafikan minum air yang cukup mampu menjadikan kulit kekal sihat dan lembap.
Tapi tahu tak ada satu kandungan mineral semula jadi yang sangat penting buatkan kulit korang lebih sihat dan anjal? Haa mineral ni digelar sebagai silika!
Kalau korang nak tahu Spritzer adalah air mineral yang tinggi dan kaya dengan silika tau!
Bayangkan satu liter Spritzer ada 60mg mineral silika! Tinggi kan? Bertuah orang Malaysia dapat minum air tinggi silika, ni tak perlu cari mahal-mahal!
Tapi Apa Sebenarnya Kebaikan Silika Ni? Ini Patut Korang Tahu 👇
#1 Sangat Bagus Untuk Keanjalan Kulit, Rambut Lebat & Kuku Yang Sihat!
Seperti yang korang tahu, kolagen sangat penting untuk menjadikan kulit, rambut dan kuku kita sihat. Jadi dengan silika ni, ia akan membantu proses membina kolagen dalam badan secara semula jadi.
Apabila silika mengawal elastin bersama-sama dengan kolagen, keanjalan kulit akan bertambah baik dan sihat, sekali gus menjadikan kulit lebih lembut dan berseri. Bagus kan?
Selain itu, silika juga berupaya mempercepatkan pertumbuhan rambut yang lebih lebat, berkilat dan sihat.
Bukan itu saja, silika turut memudahkan nutrien diserap ke dasar kuku, sekali gus menguatkan dan juga mempercepatkan pertumbuhan kuku.
#2 Bagus Untuk Kesihatan Tubuh & Mengurangkan Risiko ….
Kita tahu silika ni menggalakkan pengeluaran kolagen. Tapi tahu tak kolagen juga adalah nutrien penting untuk tulang, sendi, ligamen, tendon dan rawan?
Jadi dengan jumlah pengambilan silika dan kalsium yang betul, korang akan merasai manfaat tulang yang lebih sihat dan kuat!
Selain itu, apa yang bagusnya tentang silika, jika diambil secara konsisten ia mampu mengurangkan aluminium yang berlebihan yang menjadi punca Alzheimer. 😱
#3 Usus Lebih Sihat, Imun Pun Kuat 💪
Kredit: Spritzer
Satu perkara yang mungkin korang tak tahu, silika ni juga membina dan mengekalkan saluran penghadaman supaya usus mendapat nutrien yang diperlukan untuk menyuburkan sel-sel imun kita. Kesannya, sistem penghadaman dapat dipertingkatkan secara menyeluruh.
Selain itu, silika sangat penting untuk mempertahankan sistem kardiovaskular kita tau!
Spritzer Kaya Dengan Silika! Jadi Pilihan Utama Meerqeen & Ayda Jebat 😍
Kredit: Spritzer
Minum air yang mencukupi memang dah menjadi rutin harian kita. Namun, untuk air yang lebih berkualiti pilih lah air yang kaya dengan mineral silika.
Tak semua air kaya dengan silika tau. Ini Sebab kenapa Spritzer pilihan terbaik 👇
✅Salah satu jenama air mineral di dunia dengan kandungan mineral silika yang tinggi
✅Tulen dan bersih, sumber air terus dari alam semula jadi ke setiap botol
✅Pengiktirafan International Superior Taste Award
Paling onz, Meerqeen dan Ayda Jebat pun pilih Spritzer, jadi korang tunggu apa lagi?
Nak tahu lagi banyak info tentang kebaikan silika korang check out je 👉 http://SilicaStory.com.