Artikel ini ditaja oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)
Kredit: ภาพของPBXStudio/Canva & Art_Photo/Canva; Edit: ERA
Bila tengok orang ada business sendiri ni nampak macam senang je kan? Untung banyak, tak terikat dengan masa bekerja dan boleh cuba macam-macam benda baru…
Itu yang orang nampak…
Realitinya, ramai yang tak nampak STRUGGLE yang mana-mana business owner akan lalui.
Nak jadi bos ni bukan je kena ambil tahu serba serbi dan kena kerja 24/7 tapi kenalah ready untuk berhadapan dengan macam-macam cabaran termasuklah jualan slow, modal tersangkut, staff bermasalah dan macam-macam lagi lah!
Dah kerja keras, tapi still tak capai apa yang korang nak? Jangan down…
Ini tips untuk jadi SME berjaya
#1 Kenal pasti target audience
Korang kena tahu siapa bakal pembeli produk yang korang jual.
Lepas tu bolehlah mulakan strategi pemasaran yang lebih specific kepada target audience korang tu. Barulah korang tahu kat mana nak buka kedai atau booth, jenis produk yang boleh dipasarkan, bentuk iklan macam mana yang lebih berkesan dan range harga yang sesuai.
#2 Adapt dengan perubahan trend pasaran
Kalau dulu, kaedah jualan kat kedai fizikal adalah pilihan utama.
Tapi sekarang, ramai yang memilih shopping online. Jadi, korang pun kenalah explore pemasaran digital. Bolehlah expand jualan korang di platform jualan digital dan sosial media.
#3 Create database pelanggan
Memanglah pelanggan tu datang dan pergi, tapi janganlah biarkan pelanggan tu pergi macam tu je. Iyalah, bukan senang nak dapatkan pelanggan.
Jadi, selain korang pastikan pelanggan berpuas hati dengan servis yang korang tawarkan, korang boleh juga wujudkan database. Dengan database ni, senang la korang nak blast promotion dan ‘ikat’ pelanggan sedia ada supaya tak lari.
#4 Berani ambil risiko dan mencuba benda baru
Sampai bila nak berada di takuk lama kan?
Selain inovasi produk dan packaging yang sesuai dengan perubahan zaman, korang juga kenalah berani berinovasi dalam pemasaran. Jangan takut nak bereksperimen dan gunakan teknologi, lebih-lebih lagi teknologi yang beri impak maksimum pada perniagaan korang.
#5 Kukuhkan networking
Orang berniaga ni kena ada ramai kenalan, lebih-lebih lagi dalam bidang yang sama.
Selain boleh bertukar fikiran, korang boleh gunakan networking ni untuk collaboration. Pasaran lebih luas dan dua-dua jenama pun dapat manfaat.
#6 Jangan malu untuk rebut peluang dan bantuan
Tak kiralah bantuan tu kecil atau besar, sekurang-kurangnya bolehlah bantu korang keluar daripada masalah sedia ada atau kembangkan bisnes.
Salah satu peluang yang korang boleh grab adalah Skim Jaminan Kerajaan!
Jangan tak tahu, ada beberapa skim pembiayaan yang dijamin oleh Kerajaan, khas untuk SME ni tau. Menariknya, semua sektor perniagaan pun boleh mohon!
Apa tu Skim Jaminan Kerajaan?
Skim ni adalah inisiatif kerajaan yang sah dan legit bertujuan untuk membantu golongan SME yang sukar nak dapatkan pembiayaan perniagaan.
Ada beberapa skim ditawarkan iaitu:
- Skim Jaminan Kerajaan MADANI 2 (GGSM2)
- Pembiayaan PENJANA (PTF) untuk sektor pelancongan
- Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
Macam mana skim ni bantu buka peluang perniagaan?
Kalau korang dapatkan pembiayaan dengan Skim Jaminan Kerajaan ni, korang tak perlu menyediakan cagaran/ atau cagaran yang banyak kepada pihak bank. Sebab, Kerajaan Malaysia yang akan jadi penjamin korang… 😲
Bukan tu je, melalui Skim Jaminan Kerajaan yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) ni, korang boleh mohon pembiayaan daripada bank dengan lebih mudah dengan jaminan perlindungan pembiayaan sehingga 80 peratus lagi tau!
Nak tau lebih lanjut? Korang check out je video ni:
Ha, amacam? Kan kitorang dah kata skim ni legit! Bolehlah level up biz korang… betul tak?
Siapa yang boleh apply Skim Jaminan Kerajaan?
Tak kiralah apa pun sektor perniagaan yang korang jalankan, korang layak untuk memohon.
Yang takde cagaran atau kekurangan cagaran pun chill okay. Sebab skim ni turut tawarkan penyelesaian untuk korang.
Macam mana nak apply?
Check out www.sjpp.com.my untuk info lanjut tentang cara dan syarat permohonan.