Artikel ini ditaja oleh Coway
Kredit: mfmirafilzah/instagram & Canva; Edit: ERA
Korang selalu tak rasa letih dah tak bermaya walaupun baru je bangun tidur? Nak kata tak cukup rehat, rasanya dah cukup 8 jam tidur. Tapi kenapa rasa macam lemau je?
Korang tak keseorangan. Ada ramai lagi yang macam korang.
Berdasarkan tinjauan Coway tentang corak rehat rakyat Malaysia serta faktor yang mempengaruhi rutin tidur, didapati:
- 78% daripada rakyat Malaysia tidak cukup rehat dan keletihan bila bangun tidur
?
- 63% pula akan tidur lebih lena dengan penghawa dingin
- 62% mudah terlelap apabila badan lebih tenang
- 79% rakyat Malaysia perlukan katil lebih selesa untuk tidur yang lebih lena.
Tak dinafikan salah satu cara rehat terbaik adalah dengan tidur. Tidur yang cukup bantu menguatkan sistem imun, menceriakan mood, menambah baik fungsi jantung, meningkatkan fungsi otak dan menggalakkan berat badan lebih sihat.
Tapi ada kalanya kita memang susah nak tidur lebih-lebih lagi kalau perut tak selesa atau pun disebabkan tersalah makan dan minum. Antara kesilapan yang selalu kita buat ialah ambil kafein berlebihan, makan makanan berlemak atau makanan berat beberapa jam sebelum tidur.
Bila waktu rehat dan tidur terganggu, tentunya produktiviti kerja esoknya pun akan terjejas.
Habis tu nak makan apa untuk elak susah tidur?
Ha, untuk korang yang jenis susah tidur, apa kata korang cuba tips pemakanan yang dikongsi Pakar Diet, Celeste Lau Wai Hong ni. Makanan dan minuman ni terbukti mampu merembeskan hormon yang boleh merangsang rasa mengantuk dan bantu korang untuk tidur lebih lena.
#1 Makanan kaya magnesium seperti walnut, badam, ikan salmon dan makarel
Magnesium penting dalam pelbagai fungsi badan seperti operasi otot dan saraf, sintesis protein, glikolisis, dan kawalan tekanan darah.
Paling penting ianya membantu penukaran protein tubuh kepada bahan kimia yang membuatkan kita rasa tenang dan mengantuk.
#2 Makanan yang mengandungi tryptophan seperti telur, ayam, haiwan ternakan dan udang sebelum tidur
Sejenis asid amino yang hanya boleh didapati daripada makanan berasas protein. Fungsinya menghasilkan serotinin dan melatonin yang membantu tidur dan irama sirkadian tubuh.
#3 Makan tomato, strawberi dan anggur yang tinggi melatonin
Melatonin adalah sejenis hormon yang bantu kita tidur, biasanya terhasil kalau kita ada kat tempat gelap.
#4 Makanan & herba tinggi antioksidan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, teh chamomile dan minyak ikan
Antioksidan kurangkan tekanan pengoksidaan dengan merendahkan aktiviti katalis dan kandungan glutathione pada hati. Bila tekanan ni kurang, lebih mudah rasa mengantuk dan tidur.
Selain makan makanan berkhasiat, berurut juga boleh bantu korang untuk berehat dengan lebih berkualiti sambil tenangkan fikiran dan legakan lenguh-lenguh badan. Tidur korang pun akan lebih lena lepas berurut. Tapi kenalah juga pastikan persekitaran tempat tidur korang ideal, katil selesa dan bilik pun tak panas.
Keluar daripada statistik 78% daripada rakyat Malaysia tidak cukup rehat dan keletihan bila bangun tidur, dengan Coway.
Ada banyak produk Coway kat pasaran yang promote tidur yang lena antaranya:
Rehatkan badan, perbaiki peredaran darah dan hilangkan tekanan dengan kerusi urut Coway. Kerusi urut pertama keluaran Coway ni dilengkapi 5 teknik urutan yang membuatkan korang selesa dan tenang lepas guna.
Apa yang menariknya Kerusi Urut Coway ni?
- Roda penggelek dan beg udara tambahan untuk urutan lebih mendalam.
- Trek urutan yang panjang (130cm) untuk mengurut dari leher ke bawah kaki. Bolehlah urut bahagian betis dan kaki yang lenguh tu.
- Kerusi urut ni pun senyap je tau. Memang selesa dan tenang. Rasa segar selepas guna.
Bila terlalu panas pun boleh ganggu rehat dan tidur, kan? Solusinya, gunakan penyaman udara Coway yang dilengkapi sistem penapisan 5 langkah termasuk lapisan ion perak dan penapis HEPA untuk proses penulenan udara yang menyeluruh. Penyaman Udara ni ada sijil penarafan 5 bintang untuk kecekapan tenaga daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia juga ya.
Dah penat bekerja, sudah tentu kita inginkan masa rehat terbaik, berbaring di tilam empuk yang selesa. Bila tilam tidak selesa, mulalah tidur terganggu.
Guna je tilam PRIME II Series Coway yang empuk, sejuk dan beri sokongan maksimum kepada postur badan. Rekaan tilam selesa dan best, memang lena la tidur.
Untuk korang yang selalu mengantuk dan tak cukup tidur tu, jom bertukar kepada pilihan lebih baik dengan Coway. Bila badan dapat rehat yang cukup, emosi semakin stabil, badan makin sihat dan tentunya produktiviti kerja pun bertambah baik.
Kredit: Coway
Nak dapatkan produk-produk ni? Layari kempen Rest With Coway untuk intai produk terbaik dan sesuai dengan korang!