Kredit: IKEA
Ni dah tahun kedua kita bakal beraya dalam norma baharu, di mana gathering dengan family pun terbatas dan tak boleh ramai-ramai. Tapi tu tak bermakna korang tak boleh beraya dengan penuh gaya! Raya tetap raya! Jom raya penuh gaya dengan IKEA!
Ikuti empat tips ni untuk raya yang glamor:
#1 Sediakan semua juadah raya yang Insta-worthy!
Kredit: IKEA
Tak sah kalau takde juadah raya yang wajib ada, especially lontong, ketupat, lemang, rendang dan yang sewaktu dengannya! Nilah masanya untuk korang hias meja makan dengan penuh gaya untuk serlahkan lagi pelbagai juadah enak yang ada sampai Insta-worthy!
Kredit: IKEA
Beri perhatian pada warna dan juga design segala perkakas makan korang, bukan hanya pinggan mangkuk je yang kena fokus. Perkakas makan yang korang guna boleh sepadan dengan hidangan yang ada serta memberikan suasana yang bersesuaian dan menyerlahkan taste korang!
Kredit: IKEA
Nak lagi meriah, letak SOMMARDRÖM atau IHÅLLIG place mat kat meja makan dan up lagi dengan Siri 365+ pinggan IKEA!
#2 Wujudkan ruang yang fleksibel demi keselesaan dan keselamatan
Kredit: IKEA
Berhari raya dalam musim pandemik ni, sudah tentu korang tak boleh nak terima tetamu yang ramai. Setakat satu dua orang tu bolehlah. Itu pun kenalah wujudkan ruang yang fleksibel untuk keselesaan dan keselamatan (untuk jaga jarak) dalam norma baharu ni.
Kredit: IKEA
Segala barangan yang korang rasa tak perlu bolehlah simpan kat store ke apa so korang boleh letak kerusi tambahan macam bangku MARIUS, meja yang boleh dipanjangkan EKEDALEN dan juga kerusi kecil AGAM buat kanak-kanak.
#3 Buktikan air tangan korang tu setaraf dengan chef berbintang Michelin
Kredit: IKEA
Time nak raya nilah best membawang sambil memasak di dapur dengan kaum keluarga terdekat atau sambil video call dengan ahli keluarga yang jauh. Pastikan dapur korang dilengkapi dengan perkakas memasak agar tugas memasak menjadi lebih mudah dan cepat.
Kredit: IKEA
Set perkakas memasak IKEA 365+ dan periuk seramik STORKOK adalah di antara perkakas wajib ada untuk masak juadah raya!
#4 Sediakan kudapan dan minuman yang best
Kredit: IKEA
Selain juadah utama, tak sah beraya tanpa biskut atau kuih-muih khas raya! Sama ada almond london, biskut suji, sarang semut, kuih semperit, dan sebagainya; semua manisan ni akan nampak lebih menyelerakan dan cantik kalau dihidangkan guna LJUVARE serving stand!
Kredit: IKEA
Kredit: IKEA
Untuk minuman (sejuk) pulak, korang boleh guna dispenser minuman yang bergaya lagi mudah-alih VARDAGEN! Confirm air sirap bandung atau soya cincau korang nampak lagi menarik, terutama masa cuaca panas. Kalau nak minuman korang kekal sejuk, guna jug MOPPA.
Tak gemar memasak atau baking? Jom dapatkan juadah khas Aidilfitri dan kuih-muih raya di Restoran dan Kedai Khas Makanan Sweden IKEA!
Kredit: IKEA
Kalau tak rasa nak baking untuk sambutan raya kali ni, jangan risau sebab IKEA ada tawaran istimewa! Korang boleh dapatkan tat nanas, biskut mazola peanut, biskut chocolate orange, dan biskut cashew sugee.
Biskut raya IKEA ni berharga di antara RM17.90 hingga RM18.90 sekotak, dan korang boleh dapatkannya mulai 13 April di Kedai Khas Makanan Sweden IKEA. Bukan tu je tau! terdapat juga kek cranberry layer dan kek prune layer, dan setiap satunya berharga RM19.90.
Kredit: IKEA
Buat korang yang takde plan nak masak masa Ramadan ni atau untuk sambutan raya nanti, Restoran IKEA ada beberapa menu menarik yang menanti. Antaranya ialah Arabic Whole Leg Chicken Mandi Rice, Arabic Lamb Kabsa Rice, dan 16 ketul Meatball With Rendang Sauce!
Kredit: IKEA
Tawaran makanan ni boleh didapati setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam mulai 12 April untuk tempoh yang terhad. Hidangan-hidangan ni berharga dari RM12.90 hingga RM18.90, dan korang boleh dine-in atau takeaway. Jom kunjungi Restoran IKEA hari ni!
Selain tu, jom serbu cawangan IKEA yang terdekat dengan korang sekarang atau layari IKEA.my/Raya untuk dapatkan segala kelengkapan hari raya korang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.