Kredit: IKEA
SOP hari raya untuk tahun ni dah pun diumumkan. Walaupun tak boleh beraya beramai-ramai dalam satu-satu masa, ia tak bermakna korang tak boleh raikannya dengan meriah!
Kekalkan semangat beraya korang dan update ruang tamu korang sempena raya ni dengan pelbagai koleksi raya yang cantik-cantik dengan harga berpatutan di IKEA!
Kemaskan ruang dengan storage yang pelbagai reka bentuk. Ceriakan lagi ruang dengan kusyen, karpet, langsir, kain alas dan sebagainya yang berwarna-warni.
Tukar lighting agar ruang tamu nampak lebih elegant. Letak bingkai gambar yang unik. Hiaskan lagi ruangan dengan bunga dan tanaman buatan! Jom buat ruang tamu korang rasa macam kat kampung dengan empat tips mudah dan jimat ni:
#1 Berikan sentuhan yang ringkas namun cantik
SANELA. Kredit: IKEA
Nak bagi penampilan baharu kat ruang tamu korang tak semestinya kena ada bajet yang besar. Sentuhan yang sederhana macam bantal dan karpet baharu pun dah cukup. Dengan warna dan corak yang menonjol, ia dapat mengubah suasana yang lebih meriah. Sarung bantal SANELA dan TILLTALANDE serta karpet VINDUM contohnya confirm boleh ceriakan ruang tamu korang!
TILLTALANDE. Kredit: IKEA
VINDUM. Kredit: IKEA
Pilih corak yang paling korang suka, dan padankannya dengan kusyen berwarna biasa. Dengan ini ia akan menyerlahkan lagi corak dengan lebih baik. Pastikan warna dan tekstur yang dipilih tu matching.
#2 Glam up dan hias background korang masa nak bervideo call dengan saudara-mara yang jauh
LEDFYR. Kredit: IKEA
Oleh kerana SOP raya kali ini juga melarang kita daripada beraya beramai-ramai, tentunya saudara-mara yang jauh tak dapat nak datang berkunjung. Tapi takpe! Dengan teknologi, korang still boleh beraya secara maya. Tapi sebelum video call, pastikan background korang cun melecun!
LJUVARE. Kredit: IKEA
Korang boleh tambahkan sedikit kilauan dan cahaya menarik dengan pelbagai jenis pencahayaan. Dari lampu LED LEDFYR, tanglung LJUVARE, MOGNAD tealight, hingga tanglung ENRUM; korang boleh semarakkan lagi sambutan raya dengan mencerahkan setiap sudut rumah korang.
MOGNAD. Kredit: IKEA
ENRUM. Kredit: IKEA
So nanti dalam video call bolehlah saudara-mara korang rasa excited tengok korang! Bukan tu je, MÖJLIGHET table stand boleh memberi kemudahan buat korang masa video call nanti.
MÖJLIGHET. Kredit: IKEA
#3 Ciptakan ruang yang fleksibel untuk menyambut raya dengan selesa
LJUVARE. Kredit: IKEA
Walaupun dengan peraturan beraya yang tak boleh melebihi 15-25 orang dalam satu-satu masa (mengikut kawasan), korang still kena siapkan ruang yang selesa dan fleksibel agar penjarakan fizikal dapat dilakukan.
VITTSJÖ. Kredit: IKEA
Selain tu, korang tak perlu beli kerusi atau sofa baharu; letak je karpet dan tambahkan beberapa bantal serta sebuah meja dulang kecil untuk biskut-biskut raya. Barulah style raya kampung duduk kat atas lantai!
KORKEN. Kredit: IKEA
Kalau korang tak sure nak beli coffee table atau side table, beli dua-dua sekali! Ini akan memudahkan para tetamu untuk menjamu kuih-muih raya tanpa perlu ke meja makan utama. Kitorang cadangkan korang dapatkan LJUVARE tray table yang boleh dilipat, VITTSJÖ coffee table, dan juga balang KORKEN untuk kuih-muih raya korang!
#4 Susun atur segala barangan yang ada
SNIDAD. Kredit: IKEA
Sorok barangan yang tak perlu/diguna agar ruang tamu terlihat lebih kemas, selesa dan ada ruang tambahan untuk korang letak hiasan baharu macam meja dulang dan pelbagai kusyen untuk duduk kat lantai.
Korang boleh gunakan kotak KAOSIG yang boleh dilipat, kotak KNAGGLIG, atau bakul SNIDAD untuk simpan semua barangan korang.
KAOSIG. Kredit: IKEA
KNAGGLIG. Kredit: IKEA
Cantikkan semua koleksi khas raya oleh IKEA ni? So tunggu apa lagi? Jom ke IKEA yang terdekat dengan korang sekarang atau beli je semua kelengkapan raya korang online di IKEA.my/Raya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.