Artikel ini ditaja oleh WonderLab Official
Kredit: benzoix/freepik & studioredcup/freepik; Edit: ERA
Bila cakap je tentang kulit yang flawless, mesti terbayang gadis Korea kan? Kulit diorang ni bukan je halus, tapi licin dan sihat... Pendek kata tak perlu nak tutup dengan mekap tebal, oles mekap sikit-sikit pun dah cukup.
Siapa yang tak teringin kulit cantik, kan? Tapi tu la, dah guna macam-macam cara tetapi masih tak dapat hasil seperti yang diharapkan...
Sabar...
Ini kitorang kongsi rahsia gadis Korea. Diorang ni sebenarnya guna Cica dalam rutin harian penjagaan kulit muka.
Apa Tu Cica?
Cica tu sebenarnya nama lain untuk Centella Asiatica, atau bahasa mudahnya pegaga. Ha, ulam yang kita makan cicah sambal belacan tu! Ada juga yang guna pegaga dalam masakan seperti kerabu.
Kredit: MYCCF/Pixabay
Khasiat Cica ni kita dah guna berkurun lamanya dalam makanan, tetapi kat Korea mereka guna Cica dalam produk penjagaan muka.
Apa Manfaat Cica Sampai Digunakan Dengan Meluas Dalam Produk Penjagaan Muka?
Cica atau pegaga ni ada banyak manfaat terutamanya dalam meningkatkan hidrasi serta mengatasi masalah kulit sensitif. Pegaga turut digunakan untuk atasi masalah ekzema dan psoriasis. Ini antara manfaatnya:
Pegaga mengandungi terpenoid yang bertindak menghasilkan kolagen bagi membantu memulihkan luka, menghasilkan sel kulit baru, mengurangkan pigmentasi dan mengatasi masalah parut berlubang.
Pegaga mengandungi polifenol, vitamin C, flavonoid, dan beta-karotena, yang membantu meningkatkan aktiviti antioksida serta pada masa sama mengurangkan bengkak akibat jerawat.
#3 Bertindak Sebagai Antiradang
Produk berasas pegaga ini juga membantu melegakan kulit kemerahan dan kulit sensitif. Kandungan madecassoside pada pegaga membantu mengurangkan pembiakan bakteria pada jerawat manakala asiaticoside pula mempercepatkan pertumbuhan sel kulit.
#4 Melembapkan Kulit & Mengurangkan Jerawat
Kandungan madecassoside dalam pegaga membantu meningkatkan kelembapan kulit bagi mengelakkan kulit menjadi terlalu berminyak atau terlalu kering dan membuatkan kulit korang kelihatan gebu serta pada masa sama mengurangkan keradangan akibat jerawat.
#5 Beri Kesan Soothing
Kulit kemerah-merahan dan ada rasa panas disebabkan radang, jerawat atau sunburn? Pegaga mempunyai manfaat untuk mengatasi masalah ni, dan memberikan rasa selesa pada kulit.
Tetapi nak dapat kulit flawless macam diorang ni, dah tentu ada disiplin dan rutin harian yang korang kena buat. Lebih-lebih lagi untuk kita kat Malaysia yang berdepan cuaca panas lembap setiap hari, sudah tentu perlukan penjagaan muka yang ekstra.
Ni Antara Produk Skincare Yang Mengandungi Cica Yang Korang Boleh Try!
WonderDewi Cica Series boleh menenangkan, menghidrasi dan melegakan kulit korang. Series ni terdiri daripada Makeup Remover, Gentle Scrub, Cleansing Gel, Toner, Gel Moisturiser dan Sunscreen!
Ramai yang suka sebab...
#1 Sesuai untuk semua jenis kulit.
#2 Menjadikan kulit berdaya tahan terhadap bakteria, alergen dan pencemaran.
#3 Cica yang terdapat dalam WonderDewi Cica Series diekstrak secara menggunakan air sejuk diikuti dengan proses membancuh 24 jam bagi memaksimumkan sifat penyembuhannya. Kadar kelembapannya juga dioptimumkan menggunakan teknik Perahan Cica 0°.
#4 Mempunyai sifat penyembuhan, menenangkan, antibakteria dan anti-radang. Ia juga membantu penjanaan semula sel dan membaiki kulit.
#5 Paling penting produk ni juga bebas paraben, tiada minyak mineral, tiada pewangi tiruan dan tiada bahan berasaskan haiwan.
Jom dapatkan WonderDewi Cica Series hari ini!
Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan WonderDewi Cica Series, layari laman web WonderLab atau hubungi Ejen WonderLab hari ini! Sempurnakan asas anda, kulit cantik berseri.