Artikel ini ditaja oleh CARSOME
Kredit: standret/freepik & master1305/freepik; Edit: ERA
Kalau diberi pilihan, siapa yang tak nak kereta baru kan?
Tetapi nak beli kereta ni bukan macam beli baju; tak muat atau tak kena dengan badan terus cari baju lain. Beli kereta ni dah tentu-tentu perlukan komitmen bertahun yang bukan sikit. Dengan bayaran bulanan dan servis berkala, tu belum masuk kalau ada rosak sini sana... Semuanya makan modal.
Sebab tu korang kena check betul-betul. Bukan je kena cari kereta yang sesuai dengan korang, tapi kenalah berbaloi dengan harga dan menjimatkan minyak.
Nak Beli Kereta Baru? Ini Teknik Korang Kena Tahu!
Jangan main beli je tau. Ini teknik-teknik yang korang kena tau supaya alah membeli, menang memakai!
#1 Cari Tempat Yang Bagi Banyak Diskaun
Siapa tak suka diskaun kan? Lagi banyak diskaun korang dapat, lagi banyak korang boleh jimat. Dapat pula tempat yang korang beli tu bagi baucar, lagilah berganda syok.
#2 Tengok Pada After Sales Service
Jangan ambil mudah after sales service. Tak kiralah kereta baharu atau terpakai, ada kalanya boleh timbul masalah tak dijangka. Sebab tu penting untuk korang ambil tahu servis yang korang boleh dapat lepas jualan.
#3 Ada Free Gift & Rebat Tak?
Selain ringan-ringankan mulut korang tanya tentang free gift, korang boleh dapatkan kereta idaman ni ketika promosi. Macam sekarang, promosi hari raya. Boleh dapat rebat beribu-ribu!
#4 Kena Pandu Uji Terlebih Dahulu
Sebelum korang onz nak ambil mana-mana kereta, make sure korang dah pandu uji terlebih dahulu. Barulah korang boleh tahu yang korang suka ke tidak dengan kereta tu.
#5 Beli Dari Jenama Dipercayai
Ha, penting tau untuk pastikan tempat korang beli kereta tu boleh dipercayai terutamanya kalau korang nak beli kereta terpakai. Jangan ambil yang asal murah, sebaliknya pilih yang berkualiti dan diperakui, ada waranti dan senang nak cari tempat selenggara. Barulah korang yakin dan senang hati di kemudian hari.
Dah nak tiba hari raya ni, mesti ramai yang tengah usyar kereta baru untuk korang pakai raya ni. Sebab tu la kitorang share teknik-teknik ni dengan korang. Barang baik kenalah kongsi, terutamanya menjelang lebaran ni. Barulah ‘keikhlasan di hati, raya diberkati.
Salah Satu Tempat Reliable Yang Korang Boleh Dapatkan Kereta Adalah Di CARSOME
Sebab kereta kat CARSOME ada CARSOME Certified. Maksudnya kereta-kereta ni dah dibaik pulih dengan teliti di pusat servis CARSOME yang canggih oleh juruteknik berkemahiran.
Kereta-kereta ni pun dah jalani pemeriksaan 175-titik untuk pastikan bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan akibat banjir.
Bukan tu je, kereta-kereta kat CARSOME ni harganya tetap. Harga yang korang tengok kat CARSOME adalah harga sebenar kereta tanpa bayaran tersembunyi.
Ada jaminan pulangan tunai dalam lima hari kalau korang tiba-tiba tukar fikiran lepas beli kereta CARSOME Certified. Korang boleh pulangkan balik kereta tu dalam masa lima hari untuk dapat pulangan balik tunai.
Dan ada waranti lanjutan setahun serta baucar service percuma setahun.
Terbaik, kan?
Chup, ada lagi! Sempena lebaran ni, CARSOME ada buat promosi kaw kaw beb!
Mulai sekarang hingga 30 April ni, CARSOME nak bagi korang baucar sehingga RM200,000 dan diskaun sehingga RM8,000 kalau korang dapatkan kereta di CARSOME! Kalau korang trade in pula, tambah lagi diskaun sehingga RM1,500 menanti korang.
Bukan tu je, CARSOME juga nak bagi korang promosi After Sales Service yang ohsem, yang korang boleh dapatkan di CARSOME Service Center Ampang dan Petaling Jaya:
● Pakej perkhidmatan bermula RM98 + PERCUMA 20 point check pemeriksaan
● Diskaun istimewa untuk perkhidmatan terpilih
● Diskaun tambahan 10% untuk penukaran bateri + waranti 15 bulan
● Diskaun 15% untuk wiper blade cermin depan
● Diskaun 15% untuk perkhidmatan asas aircond
● Diskaun 15% untuk perkhidmatan pembersihan brek, jenama liqui moly
Memang banyak kan promosi CARSOME bulan April ni? Rezeki baik kenalah kongsi !
Nak lagi mudah, korang pergi je ke CARSOME Experience Center! Bolehlah korang beli atau jual kereta dalam hanya satu lawatan je. Nak tengok-tengok kereta idaman, pandu uji atau tempah terus pun boleh!
Kredit: CARSOME
Check out je laman web CARSOME atau isi saja borang ni 👉 Beli Kereta CARSOME dan pihak CARSOME akan terus hubungi korang!
So, apa tunggu lagi? Jom beraya dengan kereta baru CARSOME Certified!