Artikel ini ditaja oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Kredit: Canva; Edit: ERA
Orang kata kisah lama jangan dikenang bukan? Tapi itulah hakikat dan realitinya, pandemik COVID-19 memberi impak yang cukup besar khususnya terhadap golongan B40.
Ramai hilang punca pendapatan dan sehingga kini pun masih ada yang struggle tau!
Sebab itu lah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencipta satu inisiatif baru khusus untuk bantu golongan B40 yang terkesan.
Inisiatif Ini Digelar Sebagai MyPSV!
Tapi Apa MyPSV Ni? Bagaimana MyPSV Ni Bantu Golongan B40?
Untuk pengetahuan korang, Program MyPSV membolehkan golongan B40 mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam atau Public Service Vehicle (PSV).
Bukan biasa-biasa ya! Program ini memberi manfaat kepada 4,000 orang calon golongan B40 yang meliputi:
✅ 3,500 individu untuk PSV (E-Hailing/Teksi)
✅ 500 individu untuk PSV (Bas)
Kesemua ini membabitkan peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Belanjawan 2023 tau!
Kalau korang nak tahu lagi, jumlah peruntukan RM2 juta turut merangkumi kos ujian dan latihan kepada calon dengan kadar RM2,590 (setiap calon PSV Bas) dan RM190 (calon PSV E-Hailing/Teksi)
Fuhhh, maknanya kos ujian dan latihan ni dah ditanggung la guys! Bagus kan Program MyPSV ni 👏
Ye lah, program ini antara lain memang bertujuan untuk 👇
✅ Bantu masyarakat meningkatkan taraf sosioekonomi menerusi peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan perkhidmatan awam
✅ Bagi memenuhi keperluan industri yang sangat kekurangan pemandu bas
✅ Menyokong & menambah baik kelangsungan sektor pengangkutan awam & pelancongan negara
Tapi Apa Syarat Nak Join MyPSV?
Ok confirm korang berminat kan? Ini syarat-syarat kelayakan calon bagi menyertai Program MyPSV 👇
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
- Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah)
- Pemohon Lesen Vokasional PSV (E-hailing/Teksi) mestilah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D
- Pemohon bagi Lesen Vokasional PSV (Bas dengan BTM) melebihi 7,500 kilogram mestilah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D (sekurang-kurangnya satu (1) tahun) atau CDL Kelas E
Kredit: JPJ
Mudah kan?
🚘 Calon-calon di bawah Program MyPSV Bas hanya perlu menduduki 👉 Kursus Teori Vokasional, Latihan dan Ujian Praktikal (merangkumi litar dan jalan raya) setara dengan ketetapan sedia ada saja.
🚘 Manakala calon-calon Program MyPSV E-Hailing hanya perlu menduduki 👉 Kursus Teori E-Hailing saja.
Masih Banyak Peluang Terbuka Untuk Sertai MyPSV! Rugi Tak Join!
Tarikh permohonan telah pun bermula pada 3 JULAI 2023 dan korang masih ada banyak peluang untuk sertai Program MyPSV.
Latihan percuma rugi lah tak join kan! Masa ni lah nak tambah pendapatan 💪
Jadi tunggu apa lagi? Check out 👉 MyPSV untuk info lanjut.