Kredit: Canva (@annaStills @IqbalNurilAnwar)
Korang tahu tak, sebenarnya banyak cara untuk kita semua tambah pendapatan. Paling best kebanyakan ‘passive income’ ini boleh dilakukan dari rumah saja tau!
Best kan? Ini antara 4 passive income yang popular & patut try!
#1 Affiliate Shopee & TikTok! Senang Je Ni!
Sejak beberapa tahun lepas kaedah affiliate dah jadi semakin popular. Bagusnya tentang affiliate ini, sesiapa saja boleh buat, walaupun tanpa sebarang modal.
Cukup dengan ‘ayat’ manis 😉 dan sudah tentunya telefon pintar!
Contohnya affiliate Shopee, korang hanya perlu perah idea untuk hasilkan copywriting menarik dan kongsikan di semua platform media sosial! Tapi, kalau ada video lagi bagus.
Korang boleh daftar sini 👉 affiliate Shopee
Bercakap mengenai video, affiliate Tiktok juga antara yang terbaik sekarang ni sebab ia lebih mudah dan pantas! Sambil layan video, sambil shopping!
Korang boleh follow langkah ini untuk jadi affiliate Tiktok 👇
#2 Hosting Live, Kalau Full Time Lagi Kaya!
Pekerjaan sambilan menjadi live host kini antara yang paling on demand! Ada saja brand atau syarikat yang mencari live host ini.
Paling best, sekarang ramai jenama yang memberikan kelonggaran untuk host di rumah. Namun, kriterianya perlu lah ada kelengkapan seperti microphone serta pencahayaan yang cukup.
#3 Design Canva, Cuba lah!
Platform Canva juga antara medium terbaik kalau nak cari duit extra! Antara passive income yang agak berbaloi sekiranya korang mempunya skill design dan illustrasi.
Korang akan dibayar setiap kali ada pengguna Canva yang menggunakan template korang!
#4 Jual Image Shutterstock, Cuba Check Balik Gallery Korang!
Kalau rasa ada gambar dalam telefon korang yang berbaloi dan berkualiti, bolehlah ‘berniaga’ di Shutterstock. Memang mudah!
Korang akan dibayar jika ada yang membeli gambar berkenaan.
Hanya perlu muat turun Shutterstock Contributor, daftar dan pilih gambar untuk dijual. Kalau nak extra income, boleh keluar snap gambar yang lebih menarik dan lebih berkualiti.
Jadi tunggu apa lagi? Modal tak besar, hanya perlukan kerajinan saja, good luck!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.