Artikel ini ditaja oleh MODENAS

Kredit: MODENAS, & CANVA Edit: ERA
Kalau makanan ada nasi lemak, minuman ada teh tarik yang melambangkan Malaysia, permotoran pula kita ada MODENAS atau Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd!
Yup MODENAS dah jadi ikon negara khususnya selepas model motosikal nasional pertama, Kriss 110 dilancarkan pada 1996.
Sejarah MODENAS, Bermula Dari Bandar Kecil
Kalau nak tahu MODENAS Kriss 110 mula diperkenalkan kepada umum ketika perarakan Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996 dan tempat beroperasi ketika itu adalah di sebuah bandar kecil terletak di Gurun, Kedah.
Sejak daripada kemunculan Kriss 110, MODENAS bukan lagi sekadar syarikat permotoron, ia telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Tanyalah sesiapa yang lahir sekitar 90-an pasti banyak kenangan dengan MODENAS!
Betapa sayangnya Malaysia terhadap MODENAS ketika itu boleh diibaratkan umpama anak pertama mereka dan kini ia telah berevolusi menjadi satu yang lebih ikonik!
MODENAS Dah Berusia 30 Tahun!
Pejam celik, tahun ini MODENAS telah menyambut ulang tahunnya ke-30!
“Selama 30 tahun, MODENAS lebih daripada sekadar jenama.
“Ia sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, daripada tunggangan pertama hingga ke perjalanan keluarga,” kata CEO MODENAS, Roslan Roskan.
Kejutan Sempena 30 Tahun, Introducing… MODENAS ELIT 150S!

Kredit: MODENAS
Memang special kali ni, ulang tahun ke-30 MODENAS disambut dengan penuh gaya apabila skuter premium terbaharu, ELIT 150S diperkenalkan.
Difahamkan, MODENAS ELIT 150S direka untuk rakyat Malaysia yang bukan saja mencari skuter yang lebih mudah dibawa, selesa dan berkualiti, malah bangga apabila memiliki motosikal buatan Malaysia!
Apa Yang Menarik ELIT 150S?
ELIT 150S dicipta bukan saja untuk bagi prestasi tunggangan serta penjimatan ekonomi yang lebih baik, tetapi juga sebagai sebuah skuter yang mudah digunakan tanpa mengurangkan kualiti! Ini antara yang menarik tentang ELIT 150S 👇
#1 Rekaan Lebih Garang: Gaya bold dan kemasan premium, diserlahkan melalui lampu hadapan LED berkembar bersama Daytime Running Light (DRL).

Kredit: MODENAS
#2 Sistem Smart Key: ELIT 150S menawarkan kemudahan tanpa kunci serta ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 23 liter. Bukan tu je, ada port pengecasan tau, jadi mudah kalau nak cas peranti! Sangat praktikal untuk kegunaan seharian.

Kredit: MODENAS
#3 Panel Meter LCD Digital: Paparan skrin ELIT 150S kali ini lebih jelas terutama ketika melihat dalam keadaan cahaya terik.
#4 Ciri Keselamatan Dipertingkat: Brek cakera di bahagian depan dan belakang serta dilengkapi suspensi belakang berkembar dan juga sistem lampu hazard.

Kredit: MODENAS
#5 Sekali Isi, 480KM: ELIT 150S tersedia dengan tangki bahan api berkapasiti 12 liter yang membolehkan jarak tunggangan sehingga 480 kilometer sekali isi penuh. Sesuai untuk korang yang adventurous!
#6 Dua Warna Serba Moden: ELIT 150S ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Riviera Blue dan Quantum Grey.
Berapa Harga MODENAS ELIT 150S?
Untuk pengetahuan korang, ELIT 150S dijual bermula dari RM7,877 tidak termasuk insurans dan pendaftaran.
Dengan gabungan teknologi canggih dan praktikaliti untuk kegunaan harian, harga sebegini memberikan saingan hebat dalam segmen pasaran skuter tempatan.
Jadi tunggu apa lagi? Jom pandu uji di showroom MODENAS berhampiran! Info lanjut check out sini 👉 Modenas ELIT 150S.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.