Kredit: vermenko.denis/Freepik
Tahukah kamu, menurut data National Oral Health Survey of Adults (NOSHA) 2010, seramai 94% orang Malaysia menghidap penyakit gusi, tapi majoritinya tak tahu pun yang mereka ada penyakit gusi? Ini sememangnya membimbangkan! Adakah kamu salah seorang daripadanya?
Apa itu penyakit gusi, dan apakah puncanya? Semua penyakit gusi bermula daripada gingivitis yang disebabkan oleh pengumpulan plak di gigi. Jika plak tersebut dibiarkan lama ia akan bertukar menjadi tartar, dan seterusnya menyebabkan penyakit gusi.
Antara golongan yang paling berisiko untuk mendapatkan gingivitis ialah mereka yang tak jaga kebersihan dan kesihatan mulut dengan baik, perokok tegar, mereka yang tak cukup pengambilan nutrisi, dan sebagainya.
Tanda-tanda penyakit gusi dan tahapnya
Macam mana nak tau kalau kita ada penyakit gusi? Antara tanda-tanda utama bagi penyakit gusi ialah gusi berdarah, nafas berbau, gusi yang bengkak, dan gusi yang mula surut. Bagi tahap penyakit gusi pula, terdapat beberapa tahap.
Bagaimana pula dengan tahap penyakit gusi yang berkembang? Perkembangannya bergantung kepada gaya hidup, penjagaan gigi and gusi dan pemakanan kamu. Penyakit gusi boleh terjadi bila kamu lebih jarang menjaga gusi dan gigi elok-elok, lebih cepat kamu akan menghidap penyakit gusi.
Ni ialah tahap-tahap penyakit gusi yang kamu perlu tahu untuk tindakan segera:
Kredit: Systema Malaysia
Jom ketahui lebih lanjut dan check kesihatan gusimu di gumhealthcheck.com sekarang! Sebelum kamu kehilangan gigi dan mengalami penyakit gusi, segeralah bertindak bagi melindungi gusi dan gigimu!
Gusi sihat, asas kepada gigi lebih kuat: Jaga kesihatan dan kebersihan gusi dan gigi secepat mungkin
Penyakit gusi yang dibiarkan terlalu lama akan menjadi lebih sukar untuk diubati dan dipulihkan seperti biasa. Kalau sayang gusi dan gigi dan nak ia kekal sihat berpanjangan, amalkan penjagaan gigi yang betul dalam rutin harianmu.
Antara tindakan yang boleh kamu ambil untuk penjagaan kesihatan gusi ialah berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan, berhenti merokok, floss setiap hari, kumur menggunakan mouthwash dan gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Kredit: Systema Malaysia Facebook
Untuk pembersihan gigi and gusi yang lebih berkesan, kamu boleh gunakan Systema Anti-Plak Sistem yang menggabungkan ubat gigi anti-plak and berus gigi dengan bulu tirus 0.02mm bagi pembersihan dan perlindungan yang mantap dan berkesan agar gusi dan gigi kamu kekal sihat sepanjang masa. Gusi sihat adalah asas kepada gigi lebih kuat dan hidup yang lebih ceria!
Kamu boleh dapatkannya di mana-mana pasaraya, kedai runcit, atau farmasi yang berdekatan. Kamu juga boleh beli secara online di Shopee atau Lazada. Jom dapatkannya sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.