Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Terima SMS Kandungan Terlarang? Ini Yang Patut Korang Lakukan!

SMS diterima mungkin satu penipuan atau scam!
Hanafis Haris
03 Sep 2024, 10:48 AM

Hati-hati menerima sms yang mencurigakan

Kredit: @towfiqu & @pp1011011 (Canva)

Korang tahu tak bermula 1 September, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan arahan larangan terhadap kandungan terlarang dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikuatkuasakan.

Jadi Apa Senarai Kandungan Terlarang SKMM?

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan SKMM, kandungan terlarang merangkumi

  1. Pautan (hyperlink)
  2. Permintaan maklumat peribadi
  3. Nombor telefon untuk dihubungi (callback number)

Jadi kalau terima SMS daripada syarikat yang meminta untuk klik pautan atau mana-mana ‘pegawai bank’ meminta maklumat kad pengenalan, ia mungkin satu penipuan atau scam!

Jelas SKMM, penguatkuasaan itu bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko penipuan melibatkan perkhidmatan SMS yang sering dieksploitasi oleh penjenayah dengan menyamar sebagai pihak berwibawa.

Macam Mana Nak Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?

Kalau korang ada menerima SMS dengan kandungan terlarang boleh mengemukakan aduan di sini 👉 MCMC. Korang boleh sertakan sekali maklumat seperti:

  • Nombor telefon atau kod ringkas penghantar
  • Nombor telefon penerima
  • Lokasi penerimaan
  • Tangkapan skrin SMS yang diterima

Sekadar info, scam atau penipuan SMS melalui mesej pautan dikesan kembali aktif dengan 18 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM229,868 sejak 1 Januari tahun lalu.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us